Followers

Makluman...

Blog ini sedang dalam proses kemaskini. Terdapat sesetengah link yang belum dapat berfungsi. Harap maklum... =)

10 Februari 2009

Teman Tapi Mesra


Kita seringkali mendengar ungkapan 'teman tapi mesra'. Walhal ungkapan itu siap digunakan dalam lagu nyanyian Ratu (Teman Tapi Mesra). Istilah "Teman tapi Mesra" semakin biasa kita dengar. Setiap kali kita bertanya sama ada pada kawan atau sesiapa saja, apa hubungan awak dengan si dia, jawapan yang biasa kita terima adalah 'teman tapi mesra'. Ramai yang menganggap istilah itu tiada apa2 makna dengan harapan orang yang bertanya 'faham-faham sendiri'.

Artikel berkenaan 'teman tapi mesra' nie aku terbaca dalam majalah Nur keluaran Februari 2009. Apa yang kalian faham tentang ungkapan ini? Susah kan nk terangkan maksudnya... Seringkali juga aku tertanya,pernahkah aku terlibat dalam situasi begini... Ramai yang menganggap ungkapan ini membawa maksud hubungan dua insan berlainan jantina yang sangat akrab namun tidak mempunyai apa2 talian yang sah. Bolehkah begitu?

"Sesetengah dari mereka sering menjawab, "apa salahnya, bukan buat apa-apa, hanya teman makan-makan dan berbual". Sedangkan ia memang salah dari sudut agama" - Ustaz Khairuddin Aman Razali. Sekali baca artikel nie memang kurang faham dengan isi artikel yang ditulis, tapi dua kali baca, fahamla aku. Istilah nie memang tk sesuai digunakan kerana dibimbangi akan jadi ikutan. Walhal, Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud; "Janganlah seseorang lelaki itu bersendirian dengan seorang wanita melainkan ada bersamanya mahramnya". Huhu... Fikir-fikirkan...
Blog Widget by LinkWithin