Followers

Makluman...

Blog ini sedang dalam proses kemaskini. Terdapat sesetengah link yang belum dapat berfungsi. Harap maklum... =)

20 Ogos 2009

Alhamdulillah...selesai sudah majlis konvokesyen aku dan rakan2... hem... so far sangat2 menyeronokkan bila da lepas majlis konvo.. Kalo tak, sebelum nie asik cam kalut jer menunggu hari2 konvo tiba... Takut ada yang terlepas pandang n tak dapat konvo...
Secara keseluruhannya, konvo kali nie ada kelainan dari konvo2 yang lepas... Sebabnya, semua graduan dan ibu bapa dibekalkan dengan penutup mulut semasa masuk dalam dewan... sekali pandang macam nk gelak... tp itu sebagai langkah berjaga2 terhadap serangan H1N1 yang sedang hangat melanda sekarang nie. But tk dela diwajibkan sampai naik atas pentas pakai penutup muka tu... Kalo tidak...tk dapat aku nk bayangkan gamba2 konvo dewan yang akan aku dan rakan2 akan dapat nnti... Sure sangat buruk dan tidak menyeronokkan...huhu...
Pemberian junior kelab dan rakan2...

Tq pada semua yang datang masa konvo aku n sorry gak pada kawan2 yang tk sempat dijumpai masa hari kejadian... Actually kaki aku da mula melecet, so agak malas nk ke sana dan kemari mengambil gambar bersama rakan2 yang lain... So just ambil gamba dengan sape2 yang aku jumpa depan masjid jela... huhu.. Anyway.. tahniah pada semua yg bergraduat untuk konvo ke-43 nie.. Semoga kalian terus berjaya n dapat kerja yang baik2 insyaAllah.. Bagi graduan fakulti pendidikan, selamat menempuh alam pekerjaan sebagai seorang pendidik... Mudah2an kita semua akan menajdi pendidik yang terbaik dan dapat mendidik anak bangsa dengan sebaik2 nya InsyaAllah... Kalo dipanjangkan umur mudah2an kita smua dapat dipertemukan lagi pada masa akan dtang k...

Tahniah semua.... =)

09 Ogos 2009

Izin Waktu Diperuntukkan

Hidup sekadar persinggahan
Izin waktu ketemu sinar
Tidak lagi berharap
Kerana aku tak punya daya untuk itu semua

Kata hati berbicara
Lepas yang dihadap lepas yang ada
Lepas segala biar hati merelakan
Kerana ku sekadar diberi kesempatan sementara
Esok lusa bertemu Tuhan takdirnya
Letih sudah mengharung segenap kemungkinan
Tiada apa lagi yang ingin diharap
Tiada apa lagi yang perlukan jawapan
Semua menanti saat pengakhiran
Jika takdir sebegitu disuratkan

Impian setinggi gunung
Masih terlalu awal belum digapai
Kasih selangit meluas
Belum ditemu sinarnya
Kapan waktu tak pernah tahu jawapan

Bisik hati pada yang tertinggal
Lepas hati biar merelakan
Perlu ruang waktu bersendirian
insaf diri
Merenung detik waktu yang terlewatkan

Sepanjang hayat mohon diberi kesempatan
setiap ruang waktu
Hanya untuk sekadar beramal
Curah keringat selama mana terdaya diperbuat
Walau perhitungannya hanya sekecil zarah
Memadai buat bekalan hari kemudian
Walau belum cukup dari yang selayakknya dicurahkan

Terima kasih pada setiap kesempatan
Yang padanya membuat diri sedar
Betapa ruang waktu yang diperuntukkan
Perlu dihargai sepenuhnya
Perlu dipenuhi sebaiknya
Biar di akhir keringat yang ada
Tak terlintas walau sedikit penyesalan
Pada masa lalu yang dipersiakan
Moga sentiasa
Peroleh pimpinan dari Pencipta

Cik As
9.8.09 (12.00 a.m)

22 Julai 2009

TEMUDUGA GURU SANDARAN TERLATIH SISWAZAH (GSTS)

Tepat jam 3.55 petang ven pos laju tiba diperkarangan rumah aku... surat yang ditujukan atas nama Siti Hasmah Binti Abdul Hussain. Sepantasnya aku terus membuka. Alhamdulillah, surat yang ditunggu2 bertajuk "Temuduga Pengambilan Guru Sandaran Terlatih Siswazah (GSTS) Yang Memiliki Ikhtisas Pendidikan Untuk Berkhidmat Di Kementerian Pelajaran Malaysia" telah selamat diterima.
Berikut adalah jadual temuduga yang perlu dihadiri.

Tarikh : 28 Julai 2008 (Selasa)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat: Pusat Kehiatan Guru (PKG) Bandar Baru Uda, Johor Baru

Dokumen yang perlu dibawa bersama meliputi satu set salinan yang telah disahkan seperti berikut:
  1. Kad Pengenalan
  2. Sijil Kelahiran
  3. Sijil akademik (PMR/SPM/STPM/IJAZAH)
  4. Ijazah Sarjana Muda beserta Laporan Akhir Keputusan Purata Nilai Grad Komulatif (Pengesahan Senat jika blm menerima ijazah)
  5. Sijil Kelayakan Ikhtisas (Sarjana Muda Pendidikan / Diploma Pendidikan)
  6. Sijil Ko-kurikulum / Kurikulum (Dokumen Asal sahaja)
  7. Surat Tawaran / Perjanjian Biasiswa tajaan KPM bagi calon tajaan.
So nampaknya 27hb aku akan menginap di rumah abg & akak ipar aku sebab 28hb pagi2 da kena bertolak ke tempat temuduga... But tk de la risau sangat sebab aku g nek moto, tk de la tersesak sangat kerana jem..hehe...blh mencelah dibalik kereta2 yang berduyun2 nk bergerak ke tempat kerja masing2..

Senior aku kata bagi pelajar2 tajaan KPM just jawab exm INSAK je then blh balik but bg pelajar PTPTN kene tunggu utk temuduga. So kiranya aku terselamatla..hehe... Alhamdulillah... =)

p/s: pada smua rakan2 fakulti pendidikan UTM yang akan ditemuduga, gud luck k...banyakkan la baca tentang isu2 semasa n isu2 pendidikan. Cth: H1N1, Pemansuhan PPSMI dll...

21 Julai 2009

Dapat Sudah Yang Di Tunggu...

Seawal 10.24 pagi..(da kira siang dh...) hp berbunyi menandakan ada msj yg masuk... Setelah diteliti, rupanya dari cik wana. Mesej berbunyi "Ok, da smpi da surat knvo"...huhu... cm ne ni..aku tk dpt lagi.. Dengan sabar, terus menunggu, smpaikan mak kata aku seperti menunggu surat cinta yg tk smpai2... (mane la main surat2 lagi skrg nie..hehe) Tepat jam 11.30 pagi, kedengaran deruman enjin moto berhenti dihadapan rumah... Aku terus ke pintu untuk menjengah..hehe.. surat konvo da sampai... Alhmdulillah... lega...tk de la lagi kerisauan yg dibuat oleh KJ katanya nama aku mgkin tercicir... Semua bayaran utk konvo berjumlah RM80 tunai..mula2 tu ingt nk bayar lewat skit, tp ptg td terajin la plak nk ke bandar kerana ada urusan lain, so bayar skali..Sattle sudah..hehe..Alhamdulillah sekali lagi...
gambar pinjaman dr blog KJ..hehe...jangan mara KJ...

Secara ringkasnya jadual penuh utk konvo aku adalah seperti berikut:
Ambil jubah: 8.8.09 (1-5pm) ,11 & 14 Ogos 2009
Raptai: 14 ogos 2009 (8.00 pagi)
Majlis Konvo: 17.8.09 petang (sesi 5)

so bersiap2 untuk konvo nnti...akhirnya penantian 4 tahun berakhir... syukur Alhamdulillah.,...
Aku akan berada di utm 13hb ptg - 18hb.. Pada kawan2 kelab penyayang utm yang akan bergraduan, jom makan ramai2 jumaat malam dengan junior2...ada ape2 suggestion tempat? contect aku direct ASAP k... =) (bab2 makan, cik as la paling laju..bak kata wana, "as nie asal boleh jer"...hehe..memang boleh jer cik wana...)

p/s: pada kawan2 kelab penyayang dan classmate smua yang akan sama2 bergraduan untuk konvokesyen ke-43 nie, selamat berkonvo..tahniah2.... =)

18 Julai 2009

Waktu yang terus berlalu...

Sesungguhnya waktu itu cukup pantas berlalu. Tanpa kita sedar, separuh pertama tahun ini telah kita lalui dalam melengkapkan fasa 2009. Rejab berkunjung datang dan pada hari ini telahpun masuk harinya yang ke-25. Beberapa hari sahaja lagi kita akan memasuki bualn sya'ban. Terfikir sejenak, apakah pengisian yang telah aku isikan sepanjang separuh pertama tahun ini berlalu? Apakah saban waktu dipenuhi dengan keredhaan dari Tuhan atau sekadar terlepas dengan sia2. Semoga masih ada lagi ruang waktu untuk aku dan juga kalian meneruskan setiap amalan baik yang semunya kita niatkan adalah kerana Allah demi mencari Redhanya.

"Barangsiapa berpuasa satu hari dari bulan rejab, seolah-olah dia berpuasa 1000 tahun, dan seolah-olah memerdekakan 1000 hamba." (Sulaiman Al-Farish)

Actually ini hanyalah satu dari amalan2 yang diunjurkan dalam bulan Rejab."

RENUNGAN:
Yesterday is history,
Tomorrow's a mystery,
Today's a gift
That's why we call it the Present

Each day I wake in gratitude
Thinking Allah
He let me rise
and to Him I only
Seek His assistance

Renung2kan dan selamat beramal... :-)
Blog Widget by LinkWithin