Followers

Makluman...

Blog ini sedang dalam proses kemaskini. Terdapat sesetengah link yang belum dapat berfungsi. Harap maklum... =)

22 Oktober 2009

Temuduga GSTS Oktober / November 2009


Daku tahu kalian sedih.
Daku tahu kalian berduka
Daku juga tahu kalian kecewa..
Saat mengetahui diri gagal dalam penempatan mengajar yang bermula hujung bulan ini. 
Daku faham perasaan kalian, 
Namun jangan jadikan kesedihan itu sebagai penghalang juga melunturkan semangat kalian dalam profession keguruan. 
Yakin… masih ada peluang untuk kalian…

Kenalan: Sedihnyer bila tau tk dapat posting

Cik As: Sabar kawan… anggap ini ujian.. InsyAllah peluang itu tetap anda untuk kamu..

Kenalan: Aku siap terima surat dari KPM.. Surat gagal posting… Hancur dan hampanya hati aku kamu tahu…. Terasa aku nie teruk sangat…

Cik As: Tak mengapa kawan… akan ada lagi temuduga untuk pengambilan baru. Kamu tidak seteruk yang kamu sangkakan kawan.. Aku kenal kamu sepanjang pengajian ku di UTM… kamu punya kelebihan tersendiri…Berusahalah sehabis baik kawan

Kenalan: Ku harapkan semoga masih ada peluang ke dua untukku…

Cik As: Mudah-mudahan… Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu kawan baikku… Berusaha yang terbaik kawan.. Semoga Berjaya…J


Khabaran gembira buat kawan-kawan yang kurang berjaya ditempatkan untuk mengajar akhir oktober ini. Kalian boleh menyemak ic untuk temuduga dan ujian insak semula bagi pengambilan Guru Sandaran Terlatih Siswazah yang akan diadakan penghujung oktober ini – awal November depan…

Terus ke LAMAN KPM untuk semakan tarikh dan tempat temuduga kalian

Daku doakan kalian berjaya untuk kali ini seterusnya ditempatkan mengajar di kawasan2 yang memerlukan khidmat kalian… Ikhlaskan hati menerima walau di mana kalian dihantar untuk menabur bakti… Selamat Berjaya semua… J

p/s: pada kawan baikku di segamat juga sahabat seperjuangan dalam kelab penyayang yang juga gagal dalam penempatan penghujung okober ini, ku doakan kamu berjaya untuk temuduga kali ini… Ameen..

20 Oktober 2009

As @ Asmah..Apakah?

As..Asmah...As...Asmah...Mana satu yer??? Ish... keliru...Terasa agak pelik apabila kebiasaannya, panggilan di rumah adalah asmah manakala as @ cik as adalah panggilan bagi kawan-kawan di utm @ mereka-mereka yang selain dari ahli keluarga tersayang... Tapi apabila panggilan as digunapakai oleh ahli keluarga, terasa seakan sesuatu yang aneh sekali...hehe... masakan tidak, anak2 sedara juga telah disogokkan oleh abang-abang untuk memanggilku dengan panggilan cik semah... mustahil sungguh untuk dipanggil dengan panggilan cik As...


Ayah: as, ambilkan ayah air as...
Aku: Ish, ape mimpi ayah pnggil aku as nie...
Ayah lagi: as, makan as...
Aku: huhu, pelik beno bunyinya...
Ayah: as...bla..bla..bla..
Aku: Aduh, jangan panggil aku dengan panggilan itu..oh!!..tidak!!!...


Gara-gara tetamu yang berkunjung membawa hajat ke rumah dan memanggil aku dengan panggilan as...ayah turut mengajuk dengan panggilan itu.. argh!!...tidak!!..ayah, jangan panggil aku dengan panggilan itu...biarkanlah panggilan biasa digunapakai... kerana itu lebih sesuai dan mesra ku rasakan pada dasanya untuk seluruh ahli keluarga tersayang...

panggil aku dari kacamata yang biasa kalian gunakan....


p/s: kadangkala kita akan merasa pelik jika orang yang memanggil kita dengan satu panggilan tetap tetapi secara tiba-tiba merubah panggilan yang kebiasaannya digunapakai kepada satu panggilan yang lain...terasa sangat2 janggal dan kurang enak bunyinya..hehe.. panggil aku dengan panggilan yang selalu kalian gunakan please!!... =)



17 Oktober 2009

Tuhan Beri Aku Cinta - Ayushita (OST Ketika Cinta Bertasbih)

Walau aku senyum bukan bererti
Aku slalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini...hampa
* Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku...hina


Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikan lah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal Mu
Tuhan...beri aku cinta


Ulang * - Last



p/s: Cinta itu milik Dia...Kita tak punya hak untuk mempersoal setiap yang telah direncanakan... Ada hikmah yang tak pernah terlihat di mata kasar kita sebagai insan... Dia lebih mengetahui segalanya...











Kalam Hati Berbicara...

Kenapa? Mengapa? Sengaja aku merubah tajuk blog ini… kerana setiap yang tertulis diterjemahkan dari kalam hati yang berbicara.. tak diluah dari kata-kata tapi di rungkai dalam bait penulisan..  aku ingin kembali aktif merencana kata… namun, nyatanya waktu tak pernah cukup diperuntukkan… rencana kesibukan telah mula menguasai… kucar kacir, keliru, bersemangat… gara2 aku bakal bergelar pendidik suatu ketika nnti… telah terlalu dekat detik itu… perhitungan masa tinggal hanya 9 hari 2 jam dan 17 minit dari saat ku tulis rangkap ini… bersediakah aku menghadapi dunia itu… dunia yg telah lama diimpikan untuk ku jejak… dunia seorang pendidik… kalam hati ini seringkali mengandaikan..1001 tanda tanya apakah bakal terjadi seterusnya..  Ku tak punya hak mengandaikan.. Dia yang tahu segala… Dia lebih mengerti… Dia juga yang selayaknya merencana kehidupan aku, kamu dan kita semua…

Biarkan kalam hati itu terus berbicara pada yang selayaknya dia bicarakan…Berbicara pada setiap ceritera kehidupan...





Tiba sudah yang di tunggu...

Alhamdulillah...berakhirnya salah satu penantian dalam sebuah cerita hidup bila surat panggilan taklimat Guru Siswazah Sandaran Terlatih (GSST) selamat diterima di tangan sendiri... Maklumat yang tercatat adalah seperti berikut:
Tarikh: 26 Oktober 2009 (isnin)
Masa: 8.00 pagi (Pendaftaran)
Tempat: SMK Mohd Khalid, Jalan Abdul Samad, 80100 Johor Bahru
Keperluan untuk dibawa: Salinan Ijazah Sarjana Muda yang dikeluarkan oleh senat.

Dan secara kasarnya, tentatif utk hari kejadian adalah seperti berikut:
8.00 pagi: pendaftaran + sarapan pagi
9.00 pagi: nyanyi lagu, doa, taklimat penempatan, taklimat perkhidmatan & motivasi
11.00 pagi: ucapanaluan Pengarah Pelajaran Johor + penyampaian surat penempatan
12.30 t/hr: penyerahan GSST kepada Pengetua sekolah
1.00 ptg: Jamuan + bersurai

So, pada mereka yang berjaya, tahniah dan syabas diucapkan.... mudah2an kita semua akan dapat berkhidmat dengan seikhlas hati dan menjadi pendidik yang terbaik..insyaAllah...
Pada yang kurang berjaya, apa kata korang try mohon guru sandaran smntara menunggu posting seterusnya bulan 4 nnti insyaAllah... mudah2an kalian berjaya... ameen...

Selamat berkhidmat sebagai pendidik... =)
Blog Widget by LinkWithin