Followers

Makluman...

Blog ini sedang dalam proses kemaskini. Terdapat sesetengah link yang belum dapat berfungsi. Harap maklum... =)

13 Disember 2009

Cinta, Kasih Sayang dalam Hati...

Memahami makna CINTA yang sebenar... Bukan mudah...
Cintakah kita bilamana hati masih tetap meragukan?
Sayangkah kita andai hati punya rasa bimbang tk terucap?
Kasihkah kita jika hati belum cukup meyakini ketulusan yang diberikan?
Cinta, kasih dan sayangkah itu???
Yang menilai adalah jiwa sendiri...
Yang merasa adalah hati sanubari...
Insan yang lemah akan membiarkan cinta menguasai dirinya sehingga merana,
tapi, insan yang bijak akan menguasai cinta hingga gagal membuatnya kecewa...
Terus memberi yang terbaik selagi hayat diizinkan...
Namun sejauhmana ia akan menang dalam cinta itu???

Andai cinta ini ditakdirkan pergi...
Tinggal lah ia jadi kenangan...
Jangan sampai mengecewakan,
Jangan sampai buat hati merana...
Kerana Takdir Allah itu sentiasa yang terbaik...
Mengetahui mana yang selayaknya untuk setiap hamba...

Cinta itu seperti sinar matahari,
memberi tanpa mengharap kembali,
tidak memilih siapa yang ingin disinari dan sentiasa memberi kehangatan dalam hati....

Cinta yang diberi
Tak pernah harap terbalas sepertinya yang ku berikan
Selayaknya keikhlasan diberikan
Meyakini ia ada di mana-mana
Walau bukan dari dia yang didamba

Perjanjian disemat dari dalam hati sanubari
Tak kan pernah cinta ini ditinggalkan
Takkan pernah sayang ini dilupakan
Takkan pernah kasih ini disisihkan
Andai itu yang selalu diharapkan...

Namun andai ia tak diperlukan lagi...
Terbiar tanpa ada perhatian...
Tinggallah cinta selamanya...
Lepaslah sayang sejauhnya
Lenyaplah kasih itu seadanya
Jangan pernah sesekali diharap kembali mendatang
Jangan pernah hendaknya ditunggu kembali pulang
Yang ditingglkan akan terus berlalu tanpa pengulangan...
Lenyap abadi hanya tinggal dalam kenangan...



p/s: Hargailah cinta, kasih sayang dalam hati seikhlasnya yang dianugerahkan Allah buat kita...
Jika tidak, jangan pernah mengarap beberadaan ia untuk kali kedua
Yang pergi jua ditinggalkan takkan pernah wujud dan terlahir kembali apa adanya...

07 Disember 2009

Degupan Nadi Yang Berbeza...

Salam awal minggu...

Memulakan minggu yang baru di persekitaran sekolah.. hari ini, telah bermula kembali persekolahan ku setelah bercuti seminggu bermula 28 November sehingga 6 Disember 2009 yang lalu... Hem, rindu bila berjumpa kembali dengan rakan2 guru baru dan guru-guru GSTT yang juga kembali bertugas semula minggu ini... Ada juga yang sibuk mahu melihat cincin pertunangan ku minggu lepas..hem.. macam2 ragam...Layankan jela...

Tugasan hari ini iaitu membuka fail baru.. Oleh kerana sasaran sekolah iaitu untuk mencapai standard ISO, maka terlalu banyak perkara yang perlu dikemaskini dan diperbaiki... Fail2 sedia ada juga perlu diperbaiki dan diubah mengikut standard ISO.. Hem.. buat saja apa yang diarahkan..Kalo tidak, tak de kerja.. boring pula bila hanya sekadar duduk sahaja tanpa melakukan apa2 tugas...

Jam 10.15 pagi, aku, nisa, liza, kak safiah & kak aslinda keluar ke kedai makan berhampiran untuk sarapan pagi...Oleh kerana di kantin hanya menyediakan makanan yang sangat sedikit & di saat kami mahu makan, sudah abis katanya, maka, terpaksa la kami keluar sebentar untuk mengisi perut yng sudah berkeroncong minta diisi.. Sekeping roti telur dan milo suam jadi pilihan... Mahu makan nasi mulanya, tapi selera untuk makan nasi tiada, maka, roti telur sahaja yang dipesan. Lepas makan, kembali semula ke sekolah. Ada sekatan jalan raya pula di hadapan sekolah.. Pandai sangat la JPJ nie.. Buat sekatan di hadapan sekolah, di tengah2 traffic light yang rapat.. membuatkan berlakunya jem yang teruk... kereta kami ditahan. Mahu melihat lesen memandu katanya.. Alasan... sedangkan kereta2 lain dibiarkan lepas... Huh... tersengeh2 pegawai tu.. menyampah pulak dibuatnyer... Tak de keje lain latu.. buat sekatan pon tk kena tempat.. Apara..cis.

Sampai di sekolah, kembali menyambung tugasan...Tugasan hari ini selesai.. Esok akan disambung dengan yang lain pula.. So, lebih kurang jam 1.45 petang aku dan rakan2 berangkat pulang. Sewaktu ingin pulang, nisa n liza mahu mengikut aku ke kedai baru di sebelah pejabat pos serahan taman u.. Pusat perabot 'ANDA' berikutan nisa kata mahu survay almari sekali...Hem, promosi dibuka smpai esok hari, 8hb.. Tengok harga mmg rasa murah, tapi... hem, kalo mahu beli pon, mana nk sumbat... takkan la di rumah abg J nie plak... memenuhkan ruang di rumah dia saja...tk mengapala, lain hari akan ada lagi promosi yang lain pula.. tak perlu tergesa2...perlu buat perancangan yang baik dan rapi...

Siap membelek2 barang, kami pulang ke rumah.. Hari ini hati rasa sangat tak tenang dan tk sedap... bukan hari ini saja.. Malah sudah 2-3hari berkeadaan begini.. hem.. Apa mahu jadi?? Setiap jam akan terasa degupan jantung dan nadi yang sangat laju berdenyut & mudah sangat rasa terkejut-kejut... seperti ada org yang sedang mengejutkan aku dalam diam dan tanpa sedar...apa sudah jadi?? huhu.. risau2.. "Ya Allah, ku pohon kekuatan, moga hati ini diberikan ketenangan... Lindungi dan pelihara daku dan semua insan yang daku sayang. Moga rahmat-dan keselamatan sentiasa melimpahi hidup kami walau di mana kami berada... InsyaAllah.. Ameen.."

moga ketenangan diperoleh dalam setiap hembusan nafas yang ada...

p/s: doakan semoga semuanya berkeadaan baik & tiada apa2 yang tidak diingini berlaku.. InsyaAllah.... Ameen..

29 November 2009

Alhamdulillah Andai Itu Yang Ditakdirkan...

Salam hujung minggu di Aidil Adha...

Rasa Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t atas  setiap anugerah yang diberikan.. Alhamdulilah, akhirnya majlis kecil-kecilan yang dibuat semalam berjalan lancar. Walau sebelum ini hati merasa seakan banyak halangan dan cabaran yang mula mendatang, namun, andai Allah telah takdirkan apa yang dirancang itu akan terjadi, maka semuanya pasti akan terjadi dengan ketentuannya.

Semalam...
Seawal 6 pagi, bangun dan bersiap2 menyediakan sarapan pagi... Abang2 dan akak2 ipar semuanya telah sampai kecuali 2 abg kembarku (Rahmat & shukor) yang tidak dapat pulang kerana bertugas dihujung minggu. Target pertama adalah menyiapkan kek untuk hantaran.. huhu,.. Kalo ikutkan abg J, beli saja di kedai yang sudah siap. Senang.. Tapi sebab barang2 semuanya telah ada dan tersedia. Tinggal mahu membuat dan menyiapkan sahaja, maka terhasillah kek tersebut.. So masa untuk mentaoucup kek tersebut.. Aduhai.. skill sudah hilang.. Lama sungguh da tk menghias kek.. Rasanya last menghias kek sewaktu majlis kahwin makcik pertengahan tahun 2007. Lama tu..huhu.. so, hias asal jadi jela...huhu

Siap menghias kek, tlg akak ipar menyediakan puding pula.... asalnya mahu membuat jelly tp, bahan yang diperlukan telah habis stoknya di kedai.... so, puding la jadi pengganti... Bila semuanya dah siap baru la menyiapkan diri.. hehe.. Mak panggil sebentar ke dapur untuk menghidupkan dapur gas besar sebab waktu lunch raya yang lepas bersama adik2 penyayang UTM, aku yang menghidupkan dapur itu.. Tapi kali ni?? huh.. lupa pulak bagaimana aku menghidupkannya dulu.. Main try & error semula.. Akibatnya???? Api hampir menyambar ke tangan akibat gas yang terkeluar berlebihan.. Dan?? terbakar juga sedikit bulu di jari telunjuk dan jari hantu pada tangan kanan..huhu.. Nasib tangan tk apa2...Akhirnya, abg2 dan pakcik pula yang mencuba & berjaya juga akhirnya...Alhamdulillah..

Selesai sudah, terus dipanggil oleh kak yan untuk bersiap... Solat zuhor terlebih dahulu baru di solekkan muka aku.. Niat di hati cukup sekadar memakai bedak dan lips ice.. tapi, dilarang samasekali oleh kak yan dan kak nazrah.. aduhai.. layankan jela...

Lebih kurang jam 2.30, tiba sudah keluarga 'dia'. Dan tiba masa untuk cincin disarung. Nak keluar, tetiba rasa takut. Jantung berdegup kencang.. Aduh.. Bagai hampir terkena hight attack.. Ish3.. Tapi, atas nasihat mak cik yang ada di sebelah dan kak yan, baca selawat... Baru tenang.. Selesai la semuanya bila nenek 'dia' menyarungkan cincin di jari manis... Aku kini sah bergelar tunang orang... Huhu.. besar cabarannya tu.. Da bukan semudah disangka keadaannya bila bergelar tunang orang..huhu.. Perlu dijaga semuanya agar berkesudahan dengan baik, InsyaAllah... Mungkin pertengahan @ akhir tahun hadapan insyaAllah jika tiada aral melintang.

nie kembar saya.. mahathir namanya, lepas nie turn dia pula...tak gitu dir??...hehe




Dari saya untuk 'dia'.. simple jer...=)

Doakan kebahagiaan dan kesejahteraan kami... Mudah2an dirahmati semuanya... Ameen...

p/s: thanks pada 'dia' sekeluarga atas segalanya dan terima kasih juga pada mak ayah & semua adik beradik serta keluarga yang banyak membantu.. Doakan kebahagiaan kami kekal sampai akhir hayat insyaAllah

23 November 2009

Keletihan & Cerita Lucu Di Hujung Minggu

Salam hujung minggu semua.... =)

Hem.. baru sempat nk mengepos untuk semalam dan hari ini...

Anyway, cerita dulu kisah semalam la b4 bercerita kisah hari ini...hehe

Semalam...
Bangun seawal jam 5:15 pagi.. Huhu.. Hujung minggu rupanya hari ini.. Apa mau buat... da terbiasa bangun awal....huhu..terus bukak komputer... Apa dibuat?? menaip laporan lestari... Lagi?? Takkan menaip jer?? Planning asal nk klua dengan 'abg', tapi atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan, so tuka la.. Program hari ni adalah jalan2 mengikut nisak & liza ke City Square, JB... Buat ape??? Saje berjalan2... Kata mereka nk berjalan-jalan tanpa mengeluarkan duit.. So b4 tu aku ada la bg suggestion jalan2 ke taman tasik merdeka ke @ ke danga bay..hehe.. ambil2 gamba.. so tk yah la klua duit..hehe Tapi boleh pulak diorg gelakkan.. Hampeh la korang nie wei...Kata diorang, nk jalan kt shopping kompleks.. Window shopping...haha.. Hem..layankan jela....hik3..



city square, JB

Sampai kt city Square terus cari parking.. Full.. Ramai sangat yang nk ke CS ni. Pusing2 akhirnya jumpa juga parking... Alhamdulillah.... Bila da jumpa parking teruslah kami2 masuk ke adalam CS tu. 'Pusing2' bak kata Liza & Nisak..haha.. Hampir semua kedai kami masuk.... Tapi kebanyakkannya kedai hp... Sebabnya Liza teringin nk beli hp yg siap ada WiFi. Ape jenis ntah.. Lupa la,... Aku bukannyer ingat jenis2 hp nie.. Singgah juga ke First Lady. Tertarik dengan tudung lerang 60 yang dijual dengan harga RM5.50 sehelai dan kalo beli 2 dapat free pin tudung 1.. Hem, nampak menarik.. Terus saja memilih 2 warna daripada 6 @ 7 warna yang ada di situ lalu terus membuat bayaran selepas memilih jenis pin tudung yang berkenan di hati..hehe

Then, berjalan kaki la kami ke plaza kotaraya yang terletak berhampiran CS ni.. Jalan kaki je sbb malas nk pusing2 kereta. Sampai kt kota raya, hala tuju adalah ke kedai barangan pengantin kerana ada sedikit barang yang perlu dibeli sepertimana yang dicadangkan oleh kak Roha. Membeli lagi. After that, ke cafetaria kt tingkat 4 utk makan tengahari...Nyum2...hehe

Bila nk balik tu, nampaknya aku sorang je yang membeli. Liza & nisak mmg betol2 window sopping..hehe... Selesai semuanya, kami ke surau di situ utk menunaikan solat zuhor. Bila selesai semuanya, kembali menuju ke CS utk pulang... Masalah dihadapi adalah pening nk cari mesin bayar tiket. Berpusing2 akhirnya barula jumpa. RM8 bayaran parking.. Mak Ai!!! Mahalnyer.. Hampeh btol... Cis... Serik nk pi parking dalam CS lagi..huhu.. Bila da bayar duit parking tu terus segera ke tempat 'parking' di basement 2. Masalah lagi timbul bila mencari parking tk jumpa2...huhu.. keletihan dan kepenatan semata2 mencari parking... Rasanya kalo dihitung2, lebi kurang 5-6 kali kami naik turun lif.. haha.. Alkisahnya, b4 masuk dalam CS melalui parking tu, aku sempat berpesan pada nisak yang sedang membaca mesej di hp supaya ingat no dinding kt tmpat parking tu.. Nisak tgk tapi sekali imbas jer... So no F27 yang sepatutnya ada di dinding tu tapi yang dia perasan adalah F7.. Mak ai... Berpusing2 la kami2 untuk mencari parking sebab no di dinding bagi F adalah setakat F11.. F10-F1 tk de... Nak tau, akhirnya kami jumpa kereta nisak tu bila??30 minit selepas kami bayar duit parking tu..haha.. mmg la da lebih masa sangat n tiket riject..haha. tk pernah dibuat orang...Wat lawak betol la..

Baliknya, nisak & aku menghantar liza balik ke rumah di persint jasa. Bila da hantar liza, ingat nk terus balik tapi blh plak kami patah balik n naik ke rumah liza.. Sebab alang2 da smpai kt rumah dia, ape lagi, singga la tgk rumah dia (rumah yg dulu aku nk sewa gak bersama dia tp tk diizinkan oleh mak ayah aku & suh aku dok umah Abg J)... Sorry Liza, tk dapat menyewa bersama kamu....huhu

Lepas berborak2 smbil minum air teh o panas yg liza buat beserta roti sardin yang nisak buat pagi tadi, aku & nisak berangkat meninggalkan liza.. Hala tuju ke kedai runcit sbb nisak nk beli barang dapur.. Selesai smuanya balik pulak ke rumah nisak... Stay di situ smentara menunggu 'abg' datang untuk menghantar aku pulang ke rumah abg J.

Hari ini...
sekali lagi bangun awal... But jam 6 la.. bukan seperti semalam jam 5.15 pagi... Sambung menaip report lestari. Hari ni, abg j masak mee goreng.. Sedap.hehe. Aku kan memang peminat mee goreng..haha... Lepas menaip dan report sedikit + sarapan pagi, siap2 untuk klua mencari barang penting bersama 'abg'. Ikut perancangan, halatuju hari ini adalah ke Jusco Tebrau City & Jekal. Hajat lain nk tengok movie 2012 kt jusco tebrau city tu, tapi.......... tiket utk cerita 2010 tu smua habis dijual..huhu... ada pon jam 7 malam jer.. malas la... karang lmbat pulak balik... So kami ke jekal untuk mencari kain... dan tk semena2 telah menempah sesuatu di situ..haha.. apa dia?? ada la..hehe...

Selesai semua urusan, kami terus ke taman Abg J di pulai indah.. Terasa ingin menikmati keindahan alam seketika di Taman Tekriasi Pulai Indah. So, berjalan2 la kami di situ.. Ramai org coz cuaca pon baik n redup je...&.. terlihat la kehadiran 2 pasang pengantin yang sedang bergambar2 di situ bersama jurugambar mereka...hehe.. nice posing.. Kalo aku, mana taman mau pegi utk gambar?? Tanjung Piai ok tk seperti idea cik abg aku ni..hehe... Nice gak kt tanjung piai tu..hehe..


tugu di tanjung piai...nice juga...

Lebih kurang 30 minit berjalan2 di taman rekriasi pulai indah, terus balik.... Anak2 sedara sedang bermain2 di hadapan rumah. Berjumpa la 'abg' aku dengan anak2 sedara ku yang 4 orang tu... hehe. Malam lps maghrib?? Tido... Tk dpt mengikut Abg J, Kak Roha dan anak2 keluar makan.. Tak larat rasanya..huhu..Keletihan sangat & rasa mcm nk demam..huhu.. but bila da lama tu rasa lega skit & hilang la rasa nk demam tu..hehe...so, dpt la aku update blog sebentar....

To nisak!! Update blog la cik kak... Aku mau baca komen ko pasal cerita semalam..hahah..apa komen..hehe

Slamat memulakan minggu baru buat semua yang bekerja...Esok aku keje mcm biasa wlpon da start coti sekolah..huhu.. =)

20 November 2009

Stress kah aku???

Salam hari Jumaat... =)

Semalam...
Selesailah tugasan dari PK koko berkaitan kokurikulum... horray.. Tapi b4 siap tu, tension je sbb lst minit pon still ada lagi kene betulkan walaupun da siap da smuanya.. Nyatanya aku dan nisak la yang paling lega sbb tk la pening2 kepala lagi... Namun, pening tu akan dtg lagi 4 sure bila nk dekat meeting guru nanti hujung bulan 12. Mesti banyak nk kene urus... Aku n nisak lagi la yang akan dicari..huhu...

Selesai tugas tu dapat pulak tugas baru. Menaip semula report lestari 1 buku.. Sebabnya softcopynya hilang sudah.. angkara virus menurut kata s/u program lestari...huhu.. Aku la ditugaskan untuk menaip  buku tu.. Aduhai.. Banyak tu.. Tak pe, taip jela. Kalo ikutkan nk je berbunyi, tapi, fikir dari sudut positif, kalo kene bentang ke, aku la yang paling faham fully report tu sbb kalo nk menaip confirm akan baca balik semuanya... 1 lagi, boleh la meningkatkan skill menaip aku yang dah sedia hebat..hahaha... perasan la plak..hehe


Malam tadi...
Akhirnya siap sudah barangan penting yang nk diguna minggu hadapan... Apa dia?? hehe.. korang pikir la sendiri..hehe. Dari jam 4 petang smpai jam 11 malam dok mengadap...Idea asal oleh akak ipar dan abg J but hasil kerja tangan aku sendiri... Huhu.. puas hati la jugak.... Thanks to abg J n Kak Roha...Really apreciate...=) Nak tengok?? Tunggu dulu yer..By next week insyaAllah akan aku uploadkan untuk tatapan semua...hehe..


Gambar hiasan sahaja... =)
 
Pagi ni...
Bangun tido, tiba2 sudah ada 2 alser di dalam mulut... Adalah suatu kebiasaan bagi aku kalo kene alser dalam mulut... Kata orang stress... Stress??? Stress kah aku?? Entah, rasanya tak la stress cumanya mybe terasa agak penat dan banyak bende nak dibuat... So, keluar la alser2 tu smua..huhu.. Huwa!!! Sakit... Bila alser keluar, mula la, malas untuk makan. Dan saat itu berat badan pastinya akan mula turun.. Hem.. macam tu la selalu putarannya.

Balik sekolah...
Sampai di rumah jam 12.30 tengahari. Akak ipar dan anak2 sedara belum tiba di rumah.. Mungkin ada urusan lain. Apa mau buat... Hah!.. Kemas rumah.. yeah.. Pulun2 sementara anak-anak sedara belum tiba di rumah. Kalau tidak, alamat tk dpt nak mengemas dengan happynya... dan akhirnya, siapla kemas rumah abg aku around jam 3 petang. Seronok2..Ngam2 siap kemas anak-anak sedara sampai bersama akak ipar.. hehe...


Malam ni...??
Tak tau lagi nk buat apa... Mybe sekadar duduk di rumah menaip laporan program lestari yang sangat banyak tu dan paling utama mengadap TV jam 9 malam... Ya!!! semestinya.. Nur Kasih!!!.... Episod yang lebih menarik. Mesti tengok..hehe..

Drama bersiri Nur Kasih... Drama Pilihan...=)

Hanya setakat ni untuk kali ni...

Salam buat semua.. =)
Blog Widget by LinkWithin