Memulakan bicara di awal pembukaan cuti sekolah pertengahan tahun 2010...
Bismillahirrahmanirrahim....
Berbalik hati pada yang satu...
Tuhan penguasa sekalian alam...Subhanallah...
Minggu ini rasa agak tertekan...
bisa saja perubahan emosi terpampang pada riak wajah...
keadaan sekeliling yang menekan, membuat aku lebih tertekan..
lelah... lemah...
perlukan seseorang utk diluahkan... tapi siapa??
biarkan jadi persoalan...
aku inginkan rasa tenang, santai dan bersahaja....
tidak mahu kalut, mahu saja semuanya berkeadaan baik2 saja..
tapi... lumrah alam mmg ada saja yang tidak kena dimata manusia
atas dasar apa?
cemburukah? iri hatikah?? atau apa sebenarnya..??
seakan berupa sebuah hasutan yang benci untuk aku dengarkan
ada saja yang mahu dibuat perbandingan...
bermegahan dengan kelebihan..
buat hati & jiwa aku goyah..
buat hati dan jiwa aku kacau...
mereka saja yang bagus.. mereka saja yang hebat...
sedang aku lebih sukakan kesederhanaan..
kesederhanaan yang nyatanya lebih menenangkan dan menyenangkan...
setelah melepaskan semuanya pada akak tersayang
yang sekian lama kediamannya menjadi tempat ku menumpang teduh ...
lelah itu hilang.. letih itu pergi...
mahu saja sentiasa berfikiran positif...
ya...sentiasa positif...
lakukan mengikut kemampuan sendiri..
'persetankan' kenyataan kenyataan manusia lain yang membunuh jiwa & rasa hati...
hanya terima mana yang terbaik...menguatkan segenap rasa hati sanubari...
biarkan selepas ini redha dan tawakkal itu selalu bersamaku...
redha & tawakkal pada setiap yang telah ditakdir buatku...
Sesungguhnya sayangku pada Dia yang mencipta lebih mengatasi segalanya..
juga menguatkan lagi rasa sayang pada dia kekasih hati...
dan ku yakini...
Dia sentiasa sayang pada setiap makhluk yang dicipta...
maka itu dia menguji... menguji apakah hati ini cukup kuat menghadap ujian..
mahupon goyah di tengah jalan...
terbukti sampai saat ini..
masih lagi berpegang & yakin...
pada yang telah Dia suratkan untukku dalam hidup
Alhamdulillah... maha besar Dia yang penuh kesempurnaan...
Rasa bimbang kian memuncak...
tidak tahu kerana apa...
Selalu saja...
Pohonkan kesejahteraan pada seisi keluarga
dalam mana destinasi mereka mahu berhimpun di kampung halaman tercinta..
juga kesejahteraan itu ku harap diberi pada dia yang ku cinta
juga seisi keluarganya..
Moga jalan yang bakal dibina atas dasar keikhlasan & kejujuran...
hanya kerana Allah ini
direstui & diberkati..
serta dikurnia kelancaran & kemudahan ke arah penyatuan...
Redhalah hati & tawakkal...
meyakini takdirnya yang terbaik...
maka itu perlu utk aku juga berusaha yang terbaik
memenuhi tuntutan tanggungjawab
sebagai seorang wanita bergelar isteri solehah yang sejati...
insyaAllah...