Followers

Makluman...

Blog ini sedang dalam proses kemaskini. Terdapat sesetengah link yang belum dapat berfungsi. Harap maklum... =)

25 Februari 2011

Alhamdulillah....

25 Februari 2011 (Jumaat)
Alhamdulillah….
Hari ini… genap 6 bulan sudah usia kandungan…..
Moga Allah sentiasa melimpahkan rahmat & barakah pada diri ini untuk meneruskan sisa-sisa hidup yang berbaki sehingga menantinya kelahiran cahaya mata pertama ini…

Hari & waktunya kian dekat…. Aku tau yang terbaik datang dari-Nya…
Belajar untuk jadi lebih redha & tawakkal dalam setiap ketentuan yang disuratkan….. InsyaAllah hati makin sabar & tenang kini….

Aku perlu kuat semangat… Demi meneruskan rencana kehidupan bersama suami yang paling aku sayang & di samping anak yang bakal dilahirkan….
Cukupkah sudah kekuatan ku untuk menyambut sebuah kelahiran & berusaha menjadi seorang ibu yang terbaik untuk anak ini….?

Bimbang tetap ada walau kata-kata semangat sentiasa dititip buatku agar terus tawakkal & doa moga selamat semuanya…
Namun, kita tidak tahu apa yang bakal berlaku masa akan datang… Setiap yang Dia takdirkan insyaAllah akan ku cuba sedayanya untuk redah…

Saat & ketika ini… syukur tidak terhingga dalam segenap ruang hati….
Suami yang dititpkan untukku adalah yang terbaik…

Bagiku Dia yang maha kuasa… Dia juga penentu segala… Ku hanya ingin berikan yang terbaik buat dirinya… Tanpa lagi memikirkan selain dari itu… Berusaha menjadi isteri solehah yang sentiasa menyenangkan hatinya…. Hanya itu ku mampu sebelum Dia mentakdirkan aku kembali ke sisi-Nya….

Setiap saat dan detik sentiasa ada kebimbangan… Bimbang akan setiap kemungkian… Moga doa jua yang dapat memberiku kekuatan saat menanti kelahiran ini…. Usaha, Doa, Tawakkal…

Blog Widget by LinkWithin