Followers

Makluman...

Blog ini sedang dalam proses kemaskini. Terdapat sesetengah link yang belum dapat berfungsi. Harap maklum... =)

30 Januari 2009

Cepatnya Masa Berlalu

Huhu... rasa cam kejap je da nk masuk bulan 2..
Pertengahan bulan 4 da present PSM..13 April 2009, penilaian akan dibuat oleh Pn Qistina dan En Shahrin, hem, pensyarah JPTK dan Falsafah Pendidikan... Secara kasarnya, keduanya telah dikenali dan aku pernah mengikuti kuliah mereka, tp dari segi gaya penyoalan mereka, boleh tahan juga lah perit nak menjawab kalo tk de isi..huhu...

So now ada masa lagi 2 bulan lbh utk siapkan semua assignment, PSM dll. Baru la blh grad dengan hati yang senang..hehe... La nie la kepala nk mula serabut... Dengan assignment yang dapat serentak dan banyaknya, projek penghasilan produk teknologi pemprosesan makanan, PSM, study...huh..satu cabaran besar... Nyatanya bukan senang nk dapatkan segulung ijazah tu..huhu.. Perlukan usaha yang keras dan juga gigih...

"Ya Allah, kuatkanlah semangat hamba-Mu ini dalam menempuh setiap dugaan, cabaran dan intangan dalam kehidupan. Permudahkanlah segala urusanku, pelajaranku dan penghidupanku. Bantulah jua hamba-Mu ini membuat keputusan yang terbaik dalam hidup dan dalam menyelesaikan segala perkara yang Kau hadapkan buatku..Amin.."

Chayork As!!!

27 Januari 2009

KEKALKAN KUALITI IMAN...

DAN sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (As-Syams : 10)

Huraian:Sikap dan tabiat manusia tidak sama dan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Ada ketikanya mereka mentaati ajaran Allah dan ada ketikanya mereka alpa lalu menjerumuskan diri ke lembah kehancuran dan maksiat. Mereka tergoda oleh kemewahan dan kecantikan duniawi tanpa memikirkan akibat yang bakal diterima di akhirat nanti hasil daripada tindakannya itu. Sesungguhnya amat rugi bagi mereka yang bersikap begini. Dengan akal fikiran dan ilmu pengetahuan yang mereka miliki, sepatutnya mereka mengekalkan kedudukan sebagai orang bertaqwa atau berusaha menambah kebaikan dan sifat-sifat terpuji yang mereka lakukan sebelum ini. Bukan ke arah membenamkan diri ke kancah maksiat yang boleh membawa kepada keruntuhan akhlak dan moral. Sekiranya mereka berbuat demikian, pastinya mendapat celaan di dunia lagi dan dipandang serong oleh masyarakat. Jiwa menjadi tidak tenteram dan sentiasa memberontak. Sedangkan di akhirat pula mereka mendapat laknat daripada Allah s.w.t. Golongan seperti ini perlu Bertaubat segera agar tidak tersesat dengan lebih jauh lagi. Ingatlah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya.

Kesimpulan:Manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kelalaian. Walau bagaimanapun, dengan anugerah akal fikiran sudah tentu mereka dapat menilai semula setiap tindak tanduk yang telah, sedang dan akan mereka lakukan. Oleh itu berdoalah kepada Allah agar sentiasa berada di jalan yang benar dan bertaubat memohon keampunan daripada-Nya sekiranya telah terpesong ke arah kemaksiatan dan kekufuran.

* Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Permulaan...

Huhu...
Nampaknya terpaksala edit semula blog aku nie...
Gara-gara nk edit smula tamplet blog nie, korban jela smua isi dalam blog aku sebelum nie..,.Tak pe la... Saje buat pembaharuan... Bosan dengan blog lama...haha...
Blog Widget by LinkWithin