DAN sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (As-Syams : 10)
Huraian:Sikap dan tabiat manusia tidak sama dan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Ada ketikanya mereka mentaati ajaran Allah dan ada ketikanya mereka alpa lalu menjerumuskan diri ke lembah kehancuran dan maksiat. Mereka tergoda oleh kemewahan dan kecantikan duniawi tanpa memikirkan akibat yang bakal diterima di akhirat nanti hasil daripada tindakannya itu. Sesungguhnya amat rugi bagi mereka yang bersikap begini. Dengan akal fikiran dan ilmu pengetahuan yang mereka miliki, sepatutnya mereka mengekalkan kedudukan sebagai orang bertaqwa atau berusaha menambah kebaikan dan sifat-sifat terpuji yang mereka lakukan sebelum ini. Bukan ke arah membenamkan diri ke kancah maksiat yang boleh membawa kepada keruntuhan akhlak dan moral. Sekiranya mereka berbuat demikian, pastinya mendapat celaan di dunia lagi dan dipandang serong oleh masyarakat. Jiwa menjadi tidak tenteram dan sentiasa memberontak. Sedangkan di akhirat pula mereka mendapat laknat daripada Allah s.w.t. Golongan seperti ini perlu Bertaubat segera agar tidak tersesat dengan lebih jauh lagi. Ingatlah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya.
Kesimpulan:Manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kelalaian. Walau bagaimanapun, dengan anugerah akal fikiran sudah tentu mereka dapat menilai semula setiap tindak tanduk yang telah, sedang dan akan mereka lakukan. Oleh itu berdoalah kepada Allah agar sentiasa berada di jalan yang benar dan bertaubat memohon keampunan daripada-Nya sekiranya telah terpesong ke arah kemaksiatan dan kekufuran.
* Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Followers
Makluman...
Blog ini sedang dalam proses kemaskini. Terdapat sesetengah link yang belum dapat berfungsi. Harap maklum... =)
27 Januari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan