p/s: baca nukilan nie sambil pasang lagu selamat berjuang nyanyian kumpulan Brother's
Alhamdulillah...syukur sangat2 akhirnya penantian selama 4 tahun berakhir juga... Setelah begitu banyak dugaan, cabaran, rintangan dan halangan yang dihadap...semuanya menyedarkan aku, betapa setip halangan dan rintangan pasti akan berakhir dengan sebuah kejayaan yang amat manis untuk dikenangkan....
Apabila jam menunjukkan angka 4 petang (2 mei 2009), sewaktu menghantar kertas peperiksaan terakhir ku di utm yang telah selesai dijawab, air mata hampir berlinangan... aku seolah tidak percaya bahawa waktu itu sangat pantas berlalu.... Tiada lagi rakan2 seperjuangan yang akan bersama di sisi..tiada lagi warga pensyarah yang tak pernah jemu mencurah selautan ilmu untuk ku pelajari.... semuanya kini tinggal kenangan.... yang nyata tk mampu untuk dilupakan dari kotak fikiran... terlalu payah untuk dirungkaikan sebuah rasa yang terlahir dari hati... hari ini, aku dan kalian akan berpisah...hari ini, aku dan kalian akan mula membawa haluan masing2, hari ini, teratak ilmu ini akan ku tinggalkan.... dan entah bila masanya akan tiba untuk kita ditemukan kembali.... Cukup banyak kenangan yang dilalui bersama...suka duka, gelak tawa juga linangan air mata.... semuanya amat2 bermakna untuk aku hargai.. terima kasih pada semua yang sentiasa berada di samping aku di saat sukar mahupun senang... terima kasih pada semua yang sentiasa memahami aku dalam apa situasi sekalipon..terima kasih pada selautan kenangan yg tk mungkin dapat aku lupakan..terima kasih....huhu...
tiba2 aku teringat lirik sebuah lagu... Selamat berjuang nyanyian brothers.. aku memang suka sangat dengan lirik dan lagunya... Ku hadiahkan dan kutujukan lagu ini buat semua yang mengenali aku sepanjang keberadaan aku di UTM.... dan andai mungkin ini pertemuan terakhir kita, kuharap ia juga menjadi salah satu kenangan terindah bagi kalian...
SELAMAT BERJUANG (BROTHER'S)
Malam siang berlalu, gerhana kesayuan
tiada berkesudahan...
Detik masa berlalu tiada berhenti
oh syahdunya
Sejenak ku terkenang hakikat perjuangan
penuh onak dan cabaran
bersama teman2 harungi kehidupan
oh indahnya....
berat rasanya, di dalam jiwa
untuk melangkah meninggalkan semua
kasih dan cinta, yang terbina...
ia kan selamanya...
c/o
Slamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan ku biar ia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita....
Hati ini sayu mengenangkan,
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan,
Kedamaian dan jua ketenangan.....
Tetapi ku aku pada hakikatnya,
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan....
Keteguhan hati berlandaskna iman....
(ulang c/o)
Aku sayang kalian semua selamanya sampai akhir hayat....
Followers
Makluman...
Blog ini sedang dalam proses kemaskini. Terdapat sesetengah link yang belum dapat berfungsi. Harap maklum... =)
02 Mei 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 comments:
pernah melalui pengalaman sebegitu..seharian selepas tamatnya peperiksaan terakhir kepala ini terasa melayang2. pelbagai rasa hinggap dalam diri. tapi apa yang dapat diulaskan ialah ia merupakan suatu perasaan yang sgt2 gembira. berakhirnya satu kitab untuk suatu kitab yg lain..
hampir 6 tahun menetap di UTM. pelbagai rasa di lalui. paling indah bila bersama kelab penyayang. mengajar erti persahabatan. erti berbahagi susah & senang. memang sedih bila memikirkan akan meninggalkannya.
ape pun, hati jiwa ini tampak gembira bila kelab ini semakin membangun setelah era kemurungannya. hope ia akan meniti usianya dengan penuh aktiviti & perjalanan yang gemilang. teringin melihat ia sebaris dengan kelab2 universitu & kolej yang aktif & berjaya. teruskan usahamu adik2ku..
untuk as, selamat datang ke alam pekerjaan. there is a lot of adventure pleasure will you find.
huhu... yup..memang banyak sangat kenangan dalam kelab penyayang... insyaAllah, rasa ada keyakinan pada adik2 yang tinggal utk meneruskan kegemilangan KP utm...
huhu... msti siapkan diri utk menempuh alam pekerjaan pula selepas ini..hehe
Catat Ulasan