Followers

Makluman...

Blog ini sedang dalam proses kemaskini. Terdapat sesetengah link yang belum dapat berfungsi. Harap maklum... =)

13 Disember 2009

Cinta, Kasih Sayang dalam Hati...

Memahami makna CINTA yang sebenar... Bukan mudah...
Cintakah kita bilamana hati masih tetap meragukan?
Sayangkah kita andai hati punya rasa bimbang tk terucap?
Kasihkah kita jika hati belum cukup meyakini ketulusan yang diberikan?
Cinta, kasih dan sayangkah itu???
Yang menilai adalah jiwa sendiri...
Yang merasa adalah hati sanubari...
Insan yang lemah akan membiarkan cinta menguasai dirinya sehingga merana,
tapi, insan yang bijak akan menguasai cinta hingga gagal membuatnya kecewa...
Terus memberi yang terbaik selagi hayat diizinkan...
Namun sejauhmana ia akan menang dalam cinta itu???

Andai cinta ini ditakdirkan pergi...
Tinggal lah ia jadi kenangan...
Jangan sampai mengecewakan,
Jangan sampai buat hati merana...
Kerana Takdir Allah itu sentiasa yang terbaik...
Mengetahui mana yang selayaknya untuk setiap hamba...

Cinta itu seperti sinar matahari,
memberi tanpa mengharap kembali,
tidak memilih siapa yang ingin disinari dan sentiasa memberi kehangatan dalam hati....

Cinta yang diberi
Tak pernah harap terbalas sepertinya yang ku berikan
Selayaknya keikhlasan diberikan
Meyakini ia ada di mana-mana
Walau bukan dari dia yang didamba

Perjanjian disemat dari dalam hati sanubari
Tak kan pernah cinta ini ditinggalkan
Takkan pernah sayang ini dilupakan
Takkan pernah kasih ini disisihkan
Andai itu yang selalu diharapkan...

Namun andai ia tak diperlukan lagi...
Terbiar tanpa ada perhatian...
Tinggallah cinta selamanya...
Lepaslah sayang sejauhnya
Lenyaplah kasih itu seadanya
Jangan pernah sesekali diharap kembali mendatang
Jangan pernah hendaknya ditunggu kembali pulang
Yang ditingglkan akan terus berlalu tanpa pengulangan...
Lenyap abadi hanya tinggal dalam kenangan...



p/s: Hargailah cinta, kasih sayang dalam hati seikhlasnya yang dianugerahkan Allah buat kita...
Jika tidak, jangan pernah mengarap beberadaan ia untuk kali kedua
Yang pergi jua ditinggalkan takkan pernah wujud dan terlahir kembali apa adanya...

07 Disember 2009

Degupan Nadi Yang Berbeza...

Salam awal minggu...

Memulakan minggu yang baru di persekitaran sekolah.. hari ini, telah bermula kembali persekolahan ku setelah bercuti seminggu bermula 28 November sehingga 6 Disember 2009 yang lalu... Hem, rindu bila berjumpa kembali dengan rakan2 guru baru dan guru-guru GSTT yang juga kembali bertugas semula minggu ini... Ada juga yang sibuk mahu melihat cincin pertunangan ku minggu lepas..hem.. macam2 ragam...Layankan jela...

Tugasan hari ini iaitu membuka fail baru.. Oleh kerana sasaran sekolah iaitu untuk mencapai standard ISO, maka terlalu banyak perkara yang perlu dikemaskini dan diperbaiki... Fail2 sedia ada juga perlu diperbaiki dan diubah mengikut standard ISO.. Hem.. buat saja apa yang diarahkan..Kalo tidak, tak de kerja.. boring pula bila hanya sekadar duduk sahaja tanpa melakukan apa2 tugas...

Jam 10.15 pagi, aku, nisa, liza, kak safiah & kak aslinda keluar ke kedai makan berhampiran untuk sarapan pagi...Oleh kerana di kantin hanya menyediakan makanan yang sangat sedikit & di saat kami mahu makan, sudah abis katanya, maka, terpaksa la kami keluar sebentar untuk mengisi perut yng sudah berkeroncong minta diisi.. Sekeping roti telur dan milo suam jadi pilihan... Mahu makan nasi mulanya, tapi selera untuk makan nasi tiada, maka, roti telur sahaja yang dipesan. Lepas makan, kembali semula ke sekolah. Ada sekatan jalan raya pula di hadapan sekolah.. Pandai sangat la JPJ nie.. Buat sekatan di hadapan sekolah, di tengah2 traffic light yang rapat.. membuatkan berlakunya jem yang teruk... kereta kami ditahan. Mahu melihat lesen memandu katanya.. Alasan... sedangkan kereta2 lain dibiarkan lepas... Huh... tersengeh2 pegawai tu.. menyampah pulak dibuatnyer... Tak de keje lain latu.. buat sekatan pon tk kena tempat.. Apara..cis.

Sampai di sekolah, kembali menyambung tugasan...Tugasan hari ini selesai.. Esok akan disambung dengan yang lain pula.. So, lebih kurang jam 1.45 petang aku dan rakan2 berangkat pulang. Sewaktu ingin pulang, nisa n liza mahu mengikut aku ke kedai baru di sebelah pejabat pos serahan taman u.. Pusat perabot 'ANDA' berikutan nisa kata mahu survay almari sekali...Hem, promosi dibuka smpai esok hari, 8hb.. Tengok harga mmg rasa murah, tapi... hem, kalo mahu beli pon, mana nk sumbat... takkan la di rumah abg J nie plak... memenuhkan ruang di rumah dia saja...tk mengapala, lain hari akan ada lagi promosi yang lain pula.. tak perlu tergesa2...perlu buat perancangan yang baik dan rapi...

Siap membelek2 barang, kami pulang ke rumah.. Hari ini hati rasa sangat tak tenang dan tk sedap... bukan hari ini saja.. Malah sudah 2-3hari berkeadaan begini.. hem.. Apa mahu jadi?? Setiap jam akan terasa degupan jantung dan nadi yang sangat laju berdenyut & mudah sangat rasa terkejut-kejut... seperti ada org yang sedang mengejutkan aku dalam diam dan tanpa sedar...apa sudah jadi?? huhu.. risau2.. "Ya Allah, ku pohon kekuatan, moga hati ini diberikan ketenangan... Lindungi dan pelihara daku dan semua insan yang daku sayang. Moga rahmat-dan keselamatan sentiasa melimpahi hidup kami walau di mana kami berada... InsyaAllah.. Ameen.."

moga ketenangan diperoleh dalam setiap hembusan nafas yang ada...

p/s: doakan semoga semuanya berkeadaan baik & tiada apa2 yang tidak diingini berlaku.. InsyaAllah.... Ameen..
Blog Widget by LinkWithin