Memulakan minggu yang baru di persekitaran sekolah.. hari ini, telah bermula kembali persekolahan ku setelah bercuti seminggu bermula 28 November sehingga 6 Disember 2009 yang lalu... Hem, rindu bila berjumpa kembali dengan rakan2 guru baru dan guru-guru GSTT yang juga kembali bertugas semula minggu ini... Ada juga yang sibuk mahu melihat cincin pertunangan ku minggu lepas..hem.. macam2 ragam...Layankan jela...
Tugasan hari ini iaitu membuka fail baru.. Oleh kerana sasaran sekolah iaitu untuk mencapai standard ISO, maka terlalu banyak perkara yang perlu dikemaskini dan diperbaiki... Fail2 sedia ada juga perlu diperbaiki dan diubah mengikut standard ISO.. Hem.. buat saja apa yang diarahkan..Kalo tidak, tak de kerja.. boring pula bila hanya sekadar duduk sahaja tanpa melakukan apa2 tugas...
Jam 10.15 pagi, aku, nisa, liza, kak safiah & kak aslinda keluar ke kedai makan berhampiran untuk sarapan pagi...Oleh kerana di kantin hanya menyediakan makanan yang sangat sedikit & di saat kami mahu makan, sudah abis katanya, maka, terpaksa la kami keluar sebentar untuk mengisi perut yng sudah berkeroncong minta diisi.. Sekeping roti telur dan milo suam jadi pilihan... Mahu makan nasi mulanya, tapi selera untuk makan nasi tiada, maka, roti telur sahaja yang dipesan. Lepas makan, kembali semula ke sekolah. Ada sekatan jalan raya pula di hadapan sekolah.. Pandai sangat la JPJ nie.. Buat sekatan di hadapan sekolah, di tengah2 traffic light yang rapat.. membuatkan berlakunya jem yang teruk... kereta kami ditahan. Mahu melihat lesen memandu katanya.. Alasan... sedangkan kereta2 lain dibiarkan lepas... Huh... tersengeh2 pegawai tu.. menyampah pulak dibuatnyer... Tak de keje lain latu.. buat sekatan pon tk kena tempat.. Apara..cis.
Sampai di sekolah, kembali menyambung tugasan...Tugasan hari ini selesai.. Esok akan disambung dengan yang lain pula.. So, lebih kurang jam 1.45 petang aku dan rakan2 berangkat pulang. Sewaktu ingin pulang, nisa n liza mahu mengikut aku ke kedai baru di sebelah pejabat pos serahan taman u.. Pusat perabot 'ANDA' berikutan nisa kata mahu survay almari sekali...Hem, promosi dibuka smpai esok hari, 8hb.. Tengok harga mmg rasa murah, tapi... hem, kalo mahu beli pon, mana nk sumbat... takkan la di rumah abg J nie plak... memenuhkan ruang di rumah dia saja...tk mengapala, lain hari akan ada lagi promosi yang lain pula.. tak perlu tergesa2...perlu buat perancangan yang baik dan rapi...
Siap membelek2 barang, kami pulang ke rumah.. Hari ini hati rasa sangat tak tenang dan tk sedap... bukan hari ini saja.. Malah sudah 2-3hari berkeadaan begini.. hem.. Apa mahu jadi?? Setiap jam akan terasa degupan jantung dan nadi yang sangat laju berdenyut & mudah sangat rasa terkejut-kejut... seperti ada org yang sedang mengejutkan aku dalam diam dan tanpa sedar...apa sudah jadi?? huhu.. risau2.. "Ya Allah, ku pohon kekuatan, moga hati ini diberikan ketenangan... Lindungi dan pelihara daku dan semua insan yang daku sayang. Moga rahmat-dan keselamatan sentiasa melimpahi hidup kami walau di mana kami berada... InsyaAllah.. Ameen.."
moga ketenangan diperoleh dalam setiap hembusan nafas yang ada...
p/s: doakan semoga semuanya berkeadaan baik & tiada apa2 yang tidak diingini berlaku.. InsyaAllah.... Ameen..
2 comments:
moga2 kak~
err..esok ku kena jaga paper perdagangan~
=]
hehe.. tq zara...
da abis la kan jaga exam harini...=)
Catat Ulasan