Followers

Makluman...

Blog ini sedang dalam proses kemaskini. Terdapat sesetengah link yang belum dapat berfungsi. Harap maklum... =)

11 Februari 2010

Cikgu abg saya berkenan dengan cikgu... erk... tidak!!!

Salam hari khamis... =)
erm... kebiasaannya hujung minggu ku luangkan masa untuk menghantar khabaran baru dalam blog ini tapi, entah kenapa... rasa sempoi sungguh hari khamis ini... mood relex dan bersahaja walaupun buku sememangnya berlambak2 mahu disudahkan penandaannya dalam cuti seminggu ini...tapi buku yang ku kirim pada yang tersayang minta diantarkan ke rumah abg di taman pulai indah, esok baru tiba...
mampukah untuk menanda semuanya???
insyaAllah mampu bagi seorang guru jika sungguh-sungguh dibuat...
hem.. 

nampaknya, aku bakal sakit kepala dan loya-loya bahkan mungkin muntah-muntah menghadap karangan anak-anak yang pelbagai ragam...
sangat bersyukur bila berkhidmat 2 alam... kelas bahasa melayu tinggal 1 kelas berbanding sebelum ini keadaan mengkhendaki aku mengajar 2 kelas bahasa melayu.. masak aku mahu menanda karangan-karangan, rumusan-rumusan, tatabahsa dan komsas untuk 2 kelas berjumlah 80 orang pelajar...bagaimanalah keadaannya guru-guru bahasa melayu lain yang memegang 4-5 kelas bahasa melayu... lagi masak dari aku mungkin..hehe
huhu... syukur dengan jadual sekarang
tapi... khabaran baru yang diterima... naik cuti tahun baru cina nanti bakal menggunakan jadual waktu baru... 
alamak...
mungkinkah jadual waktu aku juga bakal mengalami perubahan??
dan mungkinkah aku bakal ditukarkan mengajar mata pelajaran lain.. huhu.. 
harapnya tidak... biarlah kekal mengajar mata pelajaran yang sama..huhu

waktu kelas terakhir petang tadi (4.45-5.45 petang) bagi matapelajaran kemahiran hidup tingkatan 1 pilihan ERT, seorang pelajar perempuan bertanya satu soalan...
pelajar: "cikgu, umur cikgu berapa?" 
sambil pandang buku membuat sedikit semakan nota yang diberikan pada pelajar spontan jawapan diberikan
guru: "25. kenapa?"
pelajar: "ooo.. sebaya dengan abg saya...."
guru: "dah tu kenapa?"
pelajar: "abg saya kata muka cikgu macam budak 18 tahun..."
guru: "banyak la awak... saya da tua dah...."
pelajar: "tak delah cikgu, abg saya kata dia berkenan dengan cikgu..."
guru: "hish...banyak la awak nie...tak boleh..." sambil melemparkan pandangan tajam ke arah pelajar berkenaan...
pelajar: "kenapa cikgu?"
guru: "saya dah bertunang"
sambil tutup buku dan terus berdiri membetulkan sedikit catatan di papan tulis.
pelajar: "owh.. sorry cikgu... saya tanya jer...."
guru: "ok"

hem....macam-macam ragam budak-budak zaman sekarang ni... tiba-tiba teringat pada seorang rakan sekelas di utm dahulu... berpacaran bersama pakcik anak muridnya.. hasil penyatuan anak muridnya juga..huhu
tidak!!!
tak mahu berkeadaan begitu...
cukuplah dia yang tersayang buatku... moga-moga jodoh berkekalan dengan izin Allah dan sentiasa dipelihara kebahagiaan ini sampai akhir hayat... ameen...
pohon doa dari kalian semua...

p/s: pada anak-anak sekalian, maaf jika kalian mahu menjadikan saya akak ipar mahupun ibu saudara kalian, batalkan saja hasrat kamu itu.. huhu... 
agak pelik juga melihat gelagat seorang pelajar lelaki 4M5 hari ini yang sentiasa mengukirkan senyuman padaku sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran hari ini. Pandangannya juga agak berlainan dan pelik berbanding kelas-kelas sebelum ini.... Siap bertanya, cikgu, kelas seterusnya bila cikgu?? walaupun hakikatnya boleh saja dia lihat dari jadual waktu tanpa perlu bertanya kepadaku... huhu... sangat2 MENAKUTKAN!!!...

Salam sayang buat semua... =)

3 comments:

Miss Meen berkata...

bayaya neyh hehehhee
ngadu dekat incik I hahaha

Puan As berkata...

heheh.. everything happen, i always told him... Tak de yang simpan2... sharing is caring right?hehe.. So, ape2 yang berlaku dia org pertama yg aku inform..hehe

wak tempang berkata...

ckgu2..
spupu sayer minat kt ckgu.. haha

Blog Widget by LinkWithin