Followers

Makluman...

Blog ini sedang dalam proses kemaskini. Terdapat sesetengah link yang belum dapat berfungsi. Harap maklum... =)

03 April 2010

Bahagia....

Salam hujung minggu di awal bulan april....

Alhamdulillah, 
Sudah memasuki bulan 4 untuk tahun 2010.. Sesungguhnya masa sangat cepat berlalu... 
Menghitung hari yang sangat mendebarkan...
Moga aku diberi ketenangan menghadapi hari itu....
Kadangkala tekanan mengampiri.. Terlalu banyak ujian yang perlu dihadap saat ini.. 
Pohon kekuatan moga Dia sentiasa beri aku ketabahan menghadap semuanya dengan tenang dan sabar..
Aku yakin hanya Dia lebih memahami semuanya yang ditakdirkan...

Lama rasanya tidak ku tinggalkan coretan di sini
Lama juga ku tidak bermadah cerita yang dihadap sehari-hari...
Lantaran kesibukan yang telah mula menguasai...
Redha..
Perlukan perancangan yang lebih teliti..
Perlukan aturan yang lebih berkualiti...

Hidup bukan selalunya indah pada pandangan mata..
Apata lagi hati dan jiwa yang merasa..
Aku ingin sabar adanya
Aku ingin damai sentiasa
Aku jua ingin tenang setiap hayat yang ada
Ku yakini hanya Dia bisa memberikan aku semuanya..
Selama hayat selagi diizin oleh-Nya..
Selama masa diberikan oleh-Nya..
Saat ini pengorbananku buat ayah & ibu sahaja....
Dan akan tiba nanti perlu ku bahagikan pengorbanan itu buat dia yang bergelar suami jua..

Tertarik hati pada satu bait ungkapan seorang wanita yang ku panggila akak
bahagia bukan terletak pada harta
bahagia tidak juga adanya pada kemewahan
bahagia itu duduknya pada kesederhanaan
bahagia hakiki bila saling toleransi apa adanya...
Aku damba semua itu..
Aku harap itu takdir buatku..
Ku tak perlukan kemewahan dunia
ku tak harapkan limpahan harta semata
yang diharap hanya bahagia dalam kesederhanaan
bahagia dalam ketenangan
Kerana
andai itu yang kudapat...
Tenang hati selamanya
damai jiwa sentiasa
Takkan ada penyesalan jika ditakdir pergi sampai saatnya
kerana telah diperoleh bahagia itu seindahnya
Dalam hayat yang telah diizinkan oleh- Nya...
p/s: Moga bahagia yang didamba jadi milik kita semua....InsyaAllah.. (",)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin