Followers

Makluman...

Blog ini sedang dalam proses kemaskini. Terdapat sesetengah link yang belum dapat berfungsi. Harap maklum... =)

11 April 2012

Aku, Pendidikan Islam, dan Air Mata

Assalamualaikum dan salam kasih sayang untuk semua pembaca yang setia membaca coretan hati saya...

Lama sudah tidak meninggalkan sesuatu di sini.... Lama juga tidak punya kesempatan walau sekadar untuk menjengah... Tiba-tiba hari ini terasa ingin coretkan sesuatu....

Mungkin tajuk agak pelik di sini... Tapi itulah yang aku rasa dan itulah yang kini terjadi... Tapi tak tahu apa dan bagaimana nak diungkap....

Pendidikan Islam... Rasanya agak sebati dengan jiwa aku.... Seorang anak kepada guru pendidikan Islam...

Sangat panjang ceritanya jika ingin dirungkai satu persatu tapi memang tangan ini terasa sangat-sangat ingin untuk sekadar dikongsikan kepada semua....

Suatu ketika dahulu, saat ingin melengkapkan sijil-sijil untuk dibawa menghadiri temuduga kemasukan ke UTM bahagian pendidikan (Kemahiran Hidup), ayah doakan aku supaya lulus dengan cemerlang. Kata ayah, kalau penemuduga tanya kenapa nak jadi cikgu, bagitau memang minat nak jadi ustazah... serta merta aku katakan yang aku bukan temuduga untuk jadi ustazah.. Lantas ayah bertanya, temuduga untuk guru apa? Saat aku katakan guru KH, ayah mengeluh panjang. Aku tahu betapa besar pengharapan ayah mahukan aku menjadi ustazah... Itu juga yang aku inginkan dahulu tapi tidak disokong oleh Abg J sebab katanya kalau jadi ustazah nanti lambat kawin... Tiba-tiba rasa takut dengan pernyataan itu. Lagi pula, ayah tak hantar aku ke aliran arab. Mana mungkin untuk aku menyambung pengajian aliran agama lantas menjadi ustazah?? Hanya sekadar sekolah agama petang yang sampai darjah khas. Saat itu, bila seorang rakan telefon memaklumkan aku dapat pangkat 1 darjah khas, ayah orang pertama peluk aku dan ucap tahniah dan aku rasa kekok masa tu sebab ayah memang sangat garang dan tegas membuatkan kadangkala aku tak berapa rapat dengan ayah masa zaman sekolah...

Tapi, bila mana ayah lihat penglibatan aku di utm dalam aliran KH aku tahu ayah senang juga sebab anak perempuan ayah mampu buat kerja orang lelaki.... Bertukang, Kimpalan, Perpaipan, bercucuk tanam dll.... Syukur juga ayah sebab ada juga anaknya yang menurun seperti ayah untuk jadi cikgu... Cuma seringkali ayah bising & katakan 'kenapa tangan ni kasar sangat' saat bersalaman dengan ayah.. Mak selalu menerangkan pada ayah saat itu... Masakan tidak kalau sering menyangkul, bertukang paip dan sebagainya... Tiada masa nak jaga tangan @ lembutkan tangan. Saat itu, aku tahu betapa ayah tidak suka anak perempuannya bertangan kasar (betulkah bahasa ini??) Masih tersirat di sudut hatinya mahu anak perempuannya jadi ustazah....

Semalam... Bila seorang sahabat di sekolah yang membuat jadual di sesi petang bertanyakan siapa yang nk mengajar pendidikan islam akibat kekurangan guru pendidikan islam, aku offer mahu mengajar pendidikan islam... Aku ada sijil darjah khas... Tapi bukan itu persoalannya... Banyak juga ilmu yang mungkin sudah aku terlupa jika tidak diulang2 baca. Saat itu tiba-tiba aku teringat kata2 ayah yang mahu aku jadi ustazah...Alhamdulillah insyaAllah minggu hadapan akan mulalah aku mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam tingkatan 1...

Ayah...
Kalau ayah masih ada...
Mungkin akan terselit secebis kegembiraan di hati ayah
Bila anak perempuan ayah dapat jadi guru agama
Pasti ayah orang yang paling suka
dan akan terkeluarlah pelbagai nasihat dan bebelan sebelum anak ayah mulakan pengajaran pendidikan islam
agar tak salah ilmu yang disampaikan
pasti juga ayah akan jadi tempat rujukan selain Al-Quran dan buku2 agama...

Tiba-tiba...
Anak ayah menangis semalam 
saat pulang dari sekolah
sambil melayan lagu-lagu instrumental dalam kereta
anak perempuan ayah dapat juga tunaikan hasrat ayah
walaupun ayah dah tiada lagi kini...
kalau ayah ada lagi pasti seronok nak menceritakan berita ini pada ayah

ayah...
anak perempuan ayah yang sorang ni janji
akan cuba sehabis baik untuk mengajar agama
macam ayah dulu
sebarkan dakwah sehabis baik pada anak didik
didik anak murid agar bukan cemerlang pelajaran malah sahsiahnya
bukan mudah kini dengan pelbagai ragam dan cabaran
tapi insyaAllah doa akan sentiasa dipohon
biar mereka semua dilembutkan hati
lantas menjadi anak-anak yang mendengar kata
dan benar-benar faham ilmu agama....
anak ayah mengharapkan doa restu ayah
walau ayah tiada lagi kini...

Terima kasih ayah 
sebab berjaya didik anak perempuan ayah ini
jadi pendidik macam ayah...
Terima kasih... (-_-)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin