Bicara pada awan
Bawa pergi mendung kekusutan
Bicara pada lautan
Tinggal duka tinggal kenangan
Jangan pernah jadi persinggahan
Izin hati sekadar meluahkan
Segenap rasa hati yang sering jadi igauan
Cinta itu indah
Disulam seri wadah dan madah
Namun semuanya bukannya mudah
Kerana hakikat hati terluka sudah
Dek janji palsu yang sering berubah
Hadir kasih hadirnya sayang
Bukan mudah untuk dijulang
Lantas hati mula bicara
Hapus rindu hapuslah sayang
Bimbang luka kembali terulang
Cerita luka acapkali mendatang
Jangan pernah ada simpati
Andai hati tak pernah ingin dimiliki
Tak sanggup lagi walau sekadar mengingati
Kerana yang diharap cinta sejati
Bukannya kasih palsu tak bererti
Tak mahu lagi terus berteka-teki
Kerana cinta bukan sekadar permainan duniawi
Biar segenap alam jadi saksi
Sayang yang hadir seikhlas hati
Menghargai sepenuhnya jua menyayangi
Biar duka tak lagi menghampiri
Cinta suci biar sampai akhir hayat ini
Ku damba cinta ilahi...
Ku harap cinta hakiki...
Cik As
22.8.09 ~ 3:00 a.m
Followers
Makluman...
Blog ini sedang dalam proses kemaskini. Terdapat sesetengah link yang belum dapat berfungsi. Harap maklum... =)
24 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan