Hidup sekadar persinggahan
Izin waktu ketemu sinar
Tidak lagi berharap
Kerana aku tak punya daya untuk itu semua
Kata hati berbicara
Lepas yang dihadap lepas yang ada
Lepas segala biar hati merelakan
Kerana ku sekadar diberi kesempatan sementara
Esok lusa bertemu Tuhan takdirnya
Letih sudah mengharung segenap kemungkinan
Tiada apa lagi yang ingin diharap
Tiada apa lagi yang perlukan jawapan
Semua menanti saat pengakhiran
Jika takdir sebegitu disuratkan
Impian setinggi gunung
Masih terlalu awal belum digapai
Kasih selangit meluas
Belum ditemu sinarnya
Kapan waktu tak pernah tahu jawapan
Bisik hati pada yang tertinggal
Lepas hati biar merelakan
Perlu ruang waktu bersendirian
insaf diri
Merenung detik waktu yang terlewatkan
Sepanjang hayat mohon diberi kesempatan
setiap ruang waktu
Hanya untuk sekadar beramal
Curah keringat selama mana terdaya diperbuat
Walau perhitungannya hanya sekecil zarah
Memadai buat bekalan hari kemudian
Walau belum cukup dari yang selayakknya dicurahkan
Terima kasih pada setiap kesempatan
Yang padanya membuat diri sedar
Betapa ruang waktu yang diperuntukkan
Perlu dihargai sepenuhnya
Perlu dipenuhi sebaiknya
Biar di akhir keringat yang ada
Tak terlintas walau sedikit penyesalan
Pada masa lalu yang dipersiakan
Moga sentiasa
Peroleh pimpinan dari Pencipta
Cik As
9.8.09 (12.00 a.m)
Followers
Makluman...
Blog ini sedang dalam proses kemaskini. Terdapat sesetengah link yang belum dapat berfungsi. Harap maklum... =)
09 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 comments:
hidup ni umpama sebuah pelayaran
punya arah tujuan
menuju ke destinasi impian
iaitu ke pulau harapan
apakah pulau harapan itu?
itulah akhirat yg pasti dituju
mahu tidak mahu
semua umat pasti akan ke situ
akhirat itu medan pembalasan
semuanya kekal tiada pengakhiran
hanya ada syurga neraka sebagai pilihan
tapi adakah ianya itu benar2 suatu pilihan?
wahai teman...
fikir2 & renungkan
hidup ini tiada pilihan
hanya syurga lah destinasi impian
ia... bukan pilihan
ia... suatu kemestian
kerna semua insan inginkan kebahgiaan
huhuhu...
abis la sy tetiba jek berpuisi ni..
bjangkit dgn awk la ni..
apapun, moga Allah meredhai mu slalu.. ameen.. :)
InsyaAllah.... hanya redha Allah diharapkan dan syurga Allah destinasi impian...
thanks awk...
Catat Ulasan