Followers

Makluman...

Blog ini sedang dalam proses kemaskini. Terdapat sesetengah link yang belum dapat berfungsi. Harap maklum... =)

29 Oktober 2009

Jalan Inikah Yang Aku Pilih???

Salam kasih sayang buat semua....


4 hari telah berlalu... seawal 6.25 pagi perlu segera melangkah keluar dari rumah untuk ke tempat tujuan... Aku punya rutin baru dalam hidup kini... Kehidupan aku mulai sibuk semalam, hari ini, esok, minggu hadapan, dan seterusnya sehinggalah saat hayat ini diizinkan...
Macam tak percaya..Impian untuk menjadi seorang pendidik kini Alhamdulillah tercapai... Syukur atas keizinan Allah memberi kesempatan pada aku untuk mencapai apa yang diimpikan dan dihajatkan...Terima kasih Ya Allah...

Bersediakah aku?? Tabah kah aku? Kuat kah aku?? untuk menghadap 1001 macam andaian seterusnya yang bakal aku hadapi dalam hidup?? Kerenah, ragam dan telatah anak didik dan orang-orang di sekeliling aku pastinya bermacam-macam... Tak dapat aku bayangkan lagi..


Adakalanya kita seorang diri tanpa teman...


Aku tak sekuat itu mungkin... Menghadap pelbagai kemungkinan dalam hidup. Justru, aku sentiasa perlukan kekuatan luaran dari insan-insan di sekeliling aku.... Siapa mereka? Di manakah mereka?? akan adakah mereka di saat aku perlu sokongan dan kekuatan itu... Yang aku tahu di saat dan ketika ini, hanyalah insan yang melahirkan dan bergelar seorang ibu sahaja sentiasa ada bersama dan tak pernah jemu menguatkan kembali semangatku yang ada ketikanya hampir luntur.... Kerana nyatanya dan telah terbukti, dia yang lebih memahami siapa aku sebenar dan hati aku yang sebenar.... Mengerti hati aku sedalamnya.... Terima kasih Ibu...


Aku juga seringkali mengandaikan.... Dalam hidup kita seringkali akan berkeseorangan... Dan tak mustahil kita semua akan menghadapi saat itu... Aku juga mungkin bila waktunya sampai nnti....Aku perlu selalu kuat walaupun hakikatnya aku tak sekuat itu... Tapi siapa yang akan selalu memberi semangat dan kekuatan pada aku selamanya?? Akan adakah mereka di saat aku memerlukan?? Mungkin tidak.... Kalau bukan aku yang memberi semangat pada diriku sendiri dan kalau bukan aku yang memotivasikan diri sendiri, siapa lagi?? Aku perlu mula belajar memotivasikan diri sendiri... Ya..memang betol hidup kita adakalanya akan sendirian... Walaupun ramai yang ada di sekeliling, tapi hakikatnya seakan tidak kadangkala.. adakalanya terasa amat jauh dari mereka semua... Mungkin saat itu diri perlukan kekuatan untuk kembali bersemangat dalam hidup..


Kemungkinan memang selalu ada di mana-mana dan bila-bila masa saja.... Selalulah bersedia dengan setiap kemungkinan yang bakal kita hadapi dalam hidup.. Redhalah hati menerima setiap yang ditakdirkan... Beruntunglah kita semua andai semua ujian itu dihadapkan kerana kasih sayang Allah sentiasa ada dalam setiap ujian itu... Menilai kesabaran kita dalam hidup... Semoga aku sentiasa sabar dan redha pada setiap kemungkinan hidup yang bakal aku hadapi...


Aku perlukan kekuatan hidup...

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin