Salam pertemuan...
Sekali lagi aku melakukan perubahan pada blog ini... Ape lagi kalo bukan menukar layout blog ni. Sebabnya?? huhu... layout yang lama tu 'problem' skit & tak memuaskan hati..Biasala..aku kan jenis suka membuat perubahan ikut kesesuian & mood.. hehe..
Anyway... sebenarnya rasa banyak je nk ditulis dalam blog ni... tapi kadangkala bila badan letih, otak penat, masa tidak mengizinkan, tak tahu bagaimana nak mengolah ape yang ingin dicoretkan... Nanti lain pula jadinya.. Penuliasan pun entah apa-apa.. Makin berserabut.. So, banyak cerita yang tak dapat dikongsikan... Namun atas permintaan roy (junior kelab aku di utm) yang nak aku bercerita kehidupan sebagai pendidik, aku akan cuba seberapa boleh mengupdate cerita2 terkini sepanjang bergelar seorang guru...
2 minggu memasuki alam baru ternyata sesuatu yang baru bagi aku. Sangat berbeza situasinya ketika menjalani latihan mengajar berbanding apabila telah menjadi guru sebenar. Kerana, sepanjang menjalani latihan mengajar, fokus utama hanyalah pada pengajaran dan pembelajaran. Namun, apabila telah menjadi guru yang sebenar, tugasan itu nampak lebih meluas. Bukan hanya pada aspek pengajaran dan pembelajaran, malah pengurusan... Pengurusan yang dimaksudkan di sini adalah pengurusan akademik, kokurikulum, disiplin pelajar dan segala yang berkaitan dengan sekolah. Baru benar-benar terasa agak mencabar sebenarnya profession perguruan ni.
Apabila seorang pendidik itu melangkah kaki memasuki kawasan sekolah saja, maka bersedialah dari segi mental dan fizikal. Kerana jika tidak, bersiap sedialah untuk menerima kesan daripada ketidak sediaan kita menghadapi situasi itu. Samada akan diperlekehkan oleh pelajar, ataupun kehilangan 'respect' dari pelajar. Jadi guru bukan senang. Sebabnya, pelajar dulu tak sama dengan sekarang... Kalau dulu, bila ditegur akan mendengar kata, tapi sekarang, tak mustahil kita akan merima jawapan balasan @ 'loyar buruk' dari mereka.
Situasi pertama yang terlihat jelas, dahulu, apabila pelajar berselisih dengan guru, ucapan salam akan di berikan. Namun, sekarang, boleh dihitung bilangan pelajar yang mengucapkan salam pada guru. Selebihnya? Bagaikan berselisih dengan orang yang tak pernahmereka kenal... Tapi, dalam sebahagian yang mengucapkan salam pula, boleh dipecahkan kepada beberapa aspek lain. Ucapan salam itu kebiasaannya akan diberikan pada jantina yang berlainan. Bak kata nisak (rakan setugas ku di sekolah yang juga melapor diri bersama aku), kebanyakkan pelajar perempuan akan memberikan salam pada guru lelaki... begitu juga sebaliknya. Boleh dikatakan sudah menjadi trend pula..
Hem.. Macam-macam... Salah didikan @ kurang didikan kah dirumah???
Tapi, jika dilihat secara mata kasar & difikirkan kembali, di kalangan guru juga kadangkala agak sukar mengucapkan salam sesama rakan setugas, bagaimana budaya memberikan salam itu ingin diterapkan pada pelajar? Sukar bukan?
Terpulang pada diri kita untuk menilai...
p/s: kalau kalian ada anak nanti, ajar mereka mengucapkan salam pada guru @ sesiapa yang lebih tua dari mereka... Beri salam juga boleh dapat pahala kerana mendoakan kesejahteraan orang lain... Amal tu sangat mudah kan nak buat walaupun sekadar mengucapkan salam... =)
0 comments:
Catat Ulasan