Followers

Makluman...

Blog ini sedang dalam proses kemaskini. Terdapat sesetengah link yang belum dapat berfungsi. Harap maklum... =)

17 Oktober 2009

Tiba sudah yang di tunggu...

Alhamdulillah...berakhirnya salah satu penantian dalam sebuah cerita hidup bila surat panggilan taklimat Guru Siswazah Sandaran Terlatih (GSST) selamat diterima di tangan sendiri... Maklumat yang tercatat adalah seperti berikut:
Tarikh: 26 Oktober 2009 (isnin)
Masa: 8.00 pagi (Pendaftaran)
Tempat: SMK Mohd Khalid, Jalan Abdul Samad, 80100 Johor Bahru
Keperluan untuk dibawa: Salinan Ijazah Sarjana Muda yang dikeluarkan oleh senat.

Dan secara kasarnya, tentatif utk hari kejadian adalah seperti berikut:
8.00 pagi: pendaftaran + sarapan pagi
9.00 pagi: nyanyi lagu, doa, taklimat penempatan, taklimat perkhidmatan & motivasi
11.00 pagi: ucapanaluan Pengarah Pelajaran Johor + penyampaian surat penempatan
12.30 t/hr: penyerahan GSST kepada Pengetua sekolah
1.00 ptg: Jamuan + bersurai

So, pada mereka yang berjaya, tahniah dan syabas diucapkan.... mudah2an kita semua akan dapat berkhidmat dengan seikhlas hati dan menjadi pendidik yang terbaik..insyaAllah...
Pada yang kurang berjaya, apa kata korang try mohon guru sandaran smntara menunggu posting seterusnya bulan 4 nnti insyaAllah... mudah2an kalian berjaya... ameen...

Selamat berkhidmat sebagai pendidik... =)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin