Followers

Makluman...

Blog ini sedang dalam proses kemaskini. Terdapat sesetengah link yang belum dapat berfungsi. Harap maklum... =)

29 November 2009

Alhamdulillah Andai Itu Yang Ditakdirkan...

Salam hujung minggu di Aidil Adha...

Rasa Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t atas  setiap anugerah yang diberikan.. Alhamdulilah, akhirnya majlis kecil-kecilan yang dibuat semalam berjalan lancar. Walau sebelum ini hati merasa seakan banyak halangan dan cabaran yang mula mendatang, namun, andai Allah telah takdirkan apa yang dirancang itu akan terjadi, maka semuanya pasti akan terjadi dengan ketentuannya.

Semalam...
Seawal 6 pagi, bangun dan bersiap2 menyediakan sarapan pagi... Abang2 dan akak2 ipar semuanya telah sampai kecuali 2 abg kembarku (Rahmat & shukor) yang tidak dapat pulang kerana bertugas dihujung minggu. Target pertama adalah menyiapkan kek untuk hantaran.. huhu,.. Kalo ikutkan abg J, beli saja di kedai yang sudah siap. Senang.. Tapi sebab barang2 semuanya telah ada dan tersedia. Tinggal mahu membuat dan menyiapkan sahaja, maka terhasillah kek tersebut.. So masa untuk mentaoucup kek tersebut.. Aduhai.. skill sudah hilang.. Lama sungguh da tk menghias kek.. Rasanya last menghias kek sewaktu majlis kahwin makcik pertengahan tahun 2007. Lama tu..huhu.. so, hias asal jadi jela...huhu

Siap menghias kek, tlg akak ipar menyediakan puding pula.... asalnya mahu membuat jelly tp, bahan yang diperlukan telah habis stoknya di kedai.... so, puding la jadi pengganti... Bila semuanya dah siap baru la menyiapkan diri.. hehe.. Mak panggil sebentar ke dapur untuk menghidupkan dapur gas besar sebab waktu lunch raya yang lepas bersama adik2 penyayang UTM, aku yang menghidupkan dapur itu.. Tapi kali ni?? huh.. lupa pulak bagaimana aku menghidupkannya dulu.. Main try & error semula.. Akibatnya???? Api hampir menyambar ke tangan akibat gas yang terkeluar berlebihan.. Dan?? terbakar juga sedikit bulu di jari telunjuk dan jari hantu pada tangan kanan..huhu.. Nasib tangan tk apa2...Akhirnya, abg2 dan pakcik pula yang mencuba & berjaya juga akhirnya...Alhamdulillah..

Selesai sudah, terus dipanggil oleh kak yan untuk bersiap... Solat zuhor terlebih dahulu baru di solekkan muka aku.. Niat di hati cukup sekadar memakai bedak dan lips ice.. tapi, dilarang samasekali oleh kak yan dan kak nazrah.. aduhai.. layankan jela...

Lebih kurang jam 2.30, tiba sudah keluarga 'dia'. Dan tiba masa untuk cincin disarung. Nak keluar, tetiba rasa takut. Jantung berdegup kencang.. Aduh.. Bagai hampir terkena hight attack.. Ish3.. Tapi, atas nasihat mak cik yang ada di sebelah dan kak yan, baca selawat... Baru tenang.. Selesai la semuanya bila nenek 'dia' menyarungkan cincin di jari manis... Aku kini sah bergelar tunang orang... Huhu.. besar cabarannya tu.. Da bukan semudah disangka keadaannya bila bergelar tunang orang..huhu.. Perlu dijaga semuanya agar berkesudahan dengan baik, InsyaAllah... Mungkin pertengahan @ akhir tahun hadapan insyaAllah jika tiada aral melintang.

nie kembar saya.. mahathir namanya, lepas nie turn dia pula...tak gitu dir??...hehe




Dari saya untuk 'dia'.. simple jer...=)

Doakan kebahagiaan dan kesejahteraan kami... Mudah2an dirahmati semuanya... Ameen...

p/s: thanks pada 'dia' sekeluarga atas segalanya dan terima kasih juga pada mak ayah & semua adik beradik serta keluarga yang banyak membantu.. Doakan kebahagiaan kami kekal sampai akhir hayat insyaAllah

5 comments:

Unknown berkata...

tahniah as...walaupun dah beberapa kali aku wish hehehheh

Puan As berkata...

hehe.. ye.. aku tau... banyak kali dh ko wish.. TQ Mr. KJ..hehe

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

hehehe~

tahniah kak!

tahniah!!

phewiit!!!

Puan As berkata...

hehe..
tq zara...
=)

Puan As berkata...

hehe..
tq zara...
=)

Blog Widget by LinkWithin