Salam hujung minggu buat semua...
diam itu kadangkala lebih menenangkan kan??
Hujung minggu ni pertama kalinya aku berhujung minggu di rumah abg J & kak roha selepas beberapa minggu sejak bertugas berhujung minggu di kampung bersama mak, ayah dan adik... Tak larat rasanya & terasa agak fobia untuk memulakan perjalanan yang jauh menaiki motosikal. Keadaan kaki masih sakit + terasa agak berbisa kadangkala... huhu...
Sabtu dan ahad... 2 hari yang perlu aku isikan supaya tidak terasa kosong... Semalam hampir seharian mengikut abg sekeluarga ke bandaraya, bandar baru uda dan tampoi. Halatujunya ke plaza kotaraya mencari barang-barang keperluan 2 minggu lagi, ke stokis revell di bandar baru uda & ke kedai lampu di tampoi... huhu.. TQ very much to my lovely brother & sister yang banyak membantu... Bila pula nk disudahkan barang-barang tu??? hem.. entah la... ingatnya nk buat hari ini tapi, masing-masing kepenatan. Kepala aku pulak mula diserang sakit2 & pening... Nanti-nantilah jawabnya @ mungkin minggu hadapan...huhu
So, hari ini hanyalah berehat di rumah bersama mereka sekeluarga... Melayan telatah anak-anak saudara lebih mengembirakan rasanya di saat keadaan kesihatan yang kurang baik ketika ini + rasa hati yang tak menentu... Tak mahu keluar ke mana2...huhu...
Semalam, satu nasihat berguna telah diberikan oleh mak tersayang.... Akan cuba aku turuti.. InsyaAllah mak,.... Dalam hidup, kita perlu punya motovasi diri yang cukup tinggi... Belajar untuk sentiasa redha pada setiap ketentuan Ilahi. Apa jua yang berlaku, kesabaran itu sememangnya amat penting. Kadangkala perlu banyak mengalah. Namun adakalanya, kita tidak boleh terlalu kerap mengalah. Sampai bila???... Orang lain tak pernah faham dan tahu hati kita bila kita terlalu kerap mengalah & menyimpan rasa hati dalam-dalam. Bimbang satu hari nanti rasa hati itu tak dapat dibendung lagi lantas membawa kepada rasa kecewa yang amat dalam...
Apa sekalipun, berusahalah sehabis baik dalam hidup. Hidup perlu diteruskan walau apa jua yang berlaku... Redha, istighfar dan muhasabah diri amat penting... Kita tak mungkin akan selalu dapat apa yang kita impikan namun, jika kita selalu bersyukur walaupun ketik ditimpa musibah dan kegagalan, insyaAllah, kejayaan yang lebih baik akan kita dapat...
Cik As merindui seseorang ketika ini...huhu... Namun rasa rindu ini perlu disimpan dalam-dalam.. Bimbang akan menggangu situasi dirinya yang sedang sibuk ketika in....maaf andai diri ini seringkali menganggu...huhu
0 comments:
Catat Ulasan