Followers

Makluman...

Blog ini sedang dalam proses kemaskini. Terdapat sesetengah link yang belum dapat berfungsi. Harap maklum... =)

06 Januari 2010

Luahan Suatu Rasa... Dari Wanita Buat Lelaki...

Bismillahirrahmanirrahim...
Memulakan sebuah coretan dengan istighfar dalam diri,
Mengharapkan ketenangan sentiasa ada dalam setiap akal dan hati...
Setiap yang difikirkan dan setiap yang di sangkakan

Semua manusia tidak dijadikan sempurna. Wujudnya wanita itu ditakdirkan bersama lelaki di sampingnya. Begitu juga yang ditakdirkan untuk lelaki...Kehadiran wanita adalah sangat penting sehingga dikatakan di sebalik kejayaan seorang lelaki itu, ada wanita di sampingnya...

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut

Antara lemah dan lembut... besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya

Telah ditakdirkan... kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan... kecuali jika terpaksa

Telah tercatat wanita itu dipenuhi sifat sabar
Namun sabar itu ada batasnya...
Jangan terus-terusan diuji hinggakan hati wanita tak mampu lagi bertahan
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Tapi sebenarnya memendam rasa hati yang sangat pedih dan dalam
Berilah sedikit perhatian pada diam itu
Kerana yang dipendam tak tahu bagaimana nak diluah

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam, wanita terus-terusan melaksanakan tugasan

Di pejabat sebagai kerani... di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Sadarlah lelaki...
Bahawa wanita itu sanggat sensitif hati naluri
Wanita itu sanggat jauh fikirannya
Fahamilah dari sudut hati yang sangat dalam...
Jangan biarkan diam itu berterusan tanpa kesudahan
Wanita inginkan penjelasan dalam setiap tindakan
Mengharap apa yang difikir andai salah mampu diperbetulkan
Wanita juga inginkan perhatian
Jua sangat sensitif dengan persekitaran orang yang di sayang
Jangan sampai sesuatu tindakan
Membawa pada luka hati yang dalam
Dan tak mampu lagi diubat...


0 comments:

Blog Widget by LinkWithin