Salam 2010 buat semua..
Memulakan tahun 2010 dengan sesi persekolahan yang sangat mengujakan, mengembirakan, membimbangkan, merisaukan dan agak sedikit kelam kabut...huhu,..macam2 ada...
11:00a.m - melangkah kaki keluar dari rumah menuju ke rumah nisak di persint utama. Tujuan, mengambil fail Rekod Pengajaran yang ditumpangkan dalam kereta nisak gara-gara tidak muat untuk dibawa pulang ke rumah minggu lepas.. Sampai-sampai, terus memasukkan semua maklumat yang perlu ada dalam Fail Rekod Pengajaran (FRP). Tiba2 panggilan masuk diterima...Kak Safiah.. Baru aku sadar jam telah menunjukkan 12:00pm... Alamak.. ada meeting orientasi tingkatan 1... Terus bergegas ke sekolah menuju ke bilik kaunseling. Mendengar taklimat orientasi yang diberikan oleh kak ainon selaku guru kaunseling sekolah.
1:00p.m - Mengawal dan menyusunatur pelajar baru tingkatan 1 di legaran ilmu supaya beratur mengikut barisan kelas masing-masing. Agak kelam kabut kerana ramai ibu bapa yang turut serta menghantar anak-anak ke sekolah & turut serta dalam perhimpunan.. ish3....
1:30 p.m - Menerima panggilan dari guru data sekolah meminta enrolment pelajar tingkatan 1... Hah?? Enrolment pelajar tingkatan 1??? mana la aku tau... tk de arahan utk dibuat..huhu.. Alkisahnya pembantu penyelia petang sedang buat dan aku sepatutnya membantu tp aku tk dimaklumkan.. Data diperlukan segera utk dihantar ke ppd.. Adus... Ada tugas mengawal pelajar tingkatan 1 masuk ke dewan, terpaksa aku minta bantuan nisak yang kebetulan jadual waktunya mengajar tingkatan 1 waktu itu.... Segera menuju ke bilik mesyuarat membantu kak hayati menyiapkan enrolment pelajar. Alhamdulillah, lebih kurang jam 4 petang siap semuanya..... Kesian kak yati pening kepala nk menyusun enrolmen pelajar..huhu...
4.10p.m - Rehat di kantin bersama nisak... makan... tapi cm tk brp best plak makanannya..hem... walaupon ada kelainan dr pengusaha sblm ini dengan keadaan kantin guru yang berhawa dingin & siap dengan tv, tapi dari segi makanan masih ada kelemahannya.. Harga pulak, alhamdulillah ok....
4.40p.m - Ke bilik guru melihat meja ku yang telah tiada.. Hwaaa!!!! sedihnya mejaku dah diambil orang... 2 kali plak tu... Da la penat2 mengangkut dr tingkat bawah naik ke bilik guru.. Hilang.. Then cop meja kosong yang tiada pemilik juga hilang diambil guru lain.... Pelik betol la... Mana la kesedaran siviknya di sini.... Natijahnya, guru baru seperti aku yang jadi mangsanya.... Tindakan susulan, memaklumkan pada pengerusi bilik guru utk memohon meja baru tambahan beserta kerusi... itu pon entah bila la pulak akan dapat.... So, sementara waktu aku menumpang la di meja liza @ kak Aslinda yang bertugas sesi pagi.. Thanks kawan2..... (",)
6.30p.m - perhimpunan minggunan... simple sahaja kerana gerimis telah mengundang dan menimbulkan rasa ketidakselesaan di kalangan pelajar. Maka mereka dilepaskan awal 5 minit lebih kurang....
6.45 p.m - sebelum tumb print, menerima jadual waktu tingkatan untuk kelas aku. 1KP3... perlu diberikan kepada pelajar apabila selesai minggu orientasi nanti..
So, berakhirlah tugasan untuk hari ini.. esok lusa tak tahu lagi apa gayanya dan kerenahnya pula...
Secara kesimpulannya, persekolahan hari ini berkeadaan baik.... Seronok bila berhadapan dengan pelajar-pelajar yang mengucapkan salam pada guru-guru.. Budaya itu yang seharusnya diterapkan pada semua pelajar.... Aku perlu pastikan ianya disemai pada semua pelajar kelas 1KP3 insyaAllah...
tetapkan dan jayakan visi 2010... cayok!! =)
0 comments:
Catat Ulasan