Followers

Makluman...

Blog ini sedang dalam proses kemaskini. Terdapat sesetengah link yang belum dapat berfungsi. Harap maklum... =)

30 Januari 2010

Panggil saya dengan panggilan Cik!!!

Salam kasih sayang buat semua... :-)
Lama sungguh rasanya tidak mencoretkan sesuatu di sini... Kesibukkan yang dihadapi kadangkala sangat memenatkan.. Bukan saja fizikal malah minda yang seringkali digunakan tanpa kerehatan yang secukupnya dapat diberikan...Kesian mindaku ini yang terlalu penat... Natijahnya, akan mengalami sakit kepala dan symptom keletihan yang sangat ketara...
Oleh kerana telah lama tidak mencoretkan sesuatu dalam ruangan ini, waktu cuti hujung minggu yang ada ini akan digunakan untuk itu..Banyak yang berlaku dalam minggu ini dan beberapa minggu sewaktu kesibukkan melanda...
 Kelakar...
Pelik...
Macam-macam...

Di mana2 kertas yang ku terima dari pejabat dan beberapa orang guru lain, yang mana terteranya namaku hampir 80% salah... adoi... bukan salah apa... tersalah menggunakan kata panggilan.... 
Balik-balik..
Puan Siti Hasmah.....
Aduhai...
Saya masih lagi bergelar 'cik' ye.. belum lagi jadi puan... 
Muka saya nampak macam orang da kawin ker?? haha..

bukan setakat itu...
di mana2 buku anak-anak murid juga tertera nama guru: Puan Siti Hasmah...

hem.. kalian tak bertanya, mana la nk tahu....
dan akhirnya selepas itu pelbagai soalan mula dihadapkan... 
"cikgu2, cikgu ni 'cik' ke 'puan'?? 
ya... macam tula... kalau tidak tahu, haruslah segera bertanya... 
'saya 'cik' bukan puan ya" sambil mengerlingkan pandangan pada beberapa buku pelajar yang tertera nama Puan Siti Hasmah... tersengih-sengih la anak2 muridku yang bertanya...

hem... kesimpulannya di sini, dalam apa juga perkara, jika kita inginkan kepastian, bertanyalah pada yang empunya badan... kalau tidak, sampai bila-bila kita akan silap... 
bak kata pepatah
"malu bertanya sesat jalan".. 
so rajin-rajin kan diri dan ramah-ramahkan la mulit untuk bertanya yer...

salam kasih sayang... :-)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin