Bismillahirrahmanirrahim.....
Hem.. macam mana nk mula yer... entah.. antam sajalah... tk punya idea kali ini untuk mencalitkan bahasa yang berbunga-bunga dalam tulisan kali ini...
Minggu ini bermulalah detik di mana cikgu asmah mula mengganas..haha.. bukan mengganas sebab mengamuk @ apa, tapi cikgu asmah telah mula bersikap lebih tegas...ya itu penting setelah teknik kelembutan 100% tidak berjaya... so, hipotisis dibuat bahawa, dalam mendidik remaja, perlukan pendekatan tegas tapi lembut... ramah tamah tapi jangan sampai melampaui batas... ya.. tegas tapi lembut..hehe
di saat sedang seronok mengajar dan melayan telatah anak murid yang banyak ragamnya...
mood berubah secara tiba2 apabila adanya anak2 yang sedikit tidak mendengar kata dan melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya..hem..alamat...
cikgu asmah mula mengganas...
memang telah ditakdirkan mungkin.. kalo namanya cikgu jika tidak membebel, memang tidak sah la... bukan sengaja mahu membebel tidak tentu hala, tapi bila anak2 buat perangai yang melanggar etika seorang pelajar, maka di situlah datang dan mulanya bebelan itu.. nah... kan dah kene.. tahan la telinga bila cikgu asmah mula bersuara sangat lantang dan mengeluarkan bait2 bebelan yang sangat menusuk fikiran yang sangat dalam... hingakan membuatkan anak2 menggigil ketakutan... ha.. baru kalian tahu.. cikgu asmah yang kalian katakan sangat baik, lembut, tk suka marah2, funny dan sporting boleh berubah sifat jika anak2 membuat hal yang dilarang...
bak kata pepatah...
"sarang tabuan jangan cuba dijolok.. (tapi cikgu asmah bukan sarang tebuan yer..cikgu asmah adalah cikgu asmah...)hehe"
dan kata pepatah lagi...
"air yang tenang jangan di sangka tiada buaya...." (bukan juga bermaksud cikgu asmah adalah buaya...haha
tapi.. berhati2 lah dengan cikgu asmah nie...hehe
apa sekalipun, bila mengajar nie memang kena selalu kuat.. fizikal mahupun mental... fizikal kerana kerja seorang guru sekarang bukan saja mendidik tapi juga mengurus,.. kiranya 50% mendidik dan 50% lagi membuat kerja2 mengurus.. urus anak2, urus yuran, urus daftar, urus sukan, urus kelas, urus program, urus buku2.. pendek kata semua la.. (hem.. ni da bukan pendek kata tp da macam panjang kata..haha)
dari segi mental pula, seorang guru akan jadi sangat penat dan letih bila mana berhadapan dengan anak2 yang sedikit @ berganda2 nakal dan tidak mendengar kata...natijahnya, bila pulang akan terus tidur akibat keletihan mengawal emosi kemarahan dan tekanan...
sebab itu tidak mustahil dikatakan ada juga guru2 yang stress dan memerlukan rawatan psikologi bila gagal mengawal emosi dengan baik sewaktu di sekolah...
namun, cikgu asmah sedang berusaha untuk mengawal keadaan...
cuba sentiasa menjadi orang yang cool... relex n enjoy kehidupan sebagai guru tanpa ada walau sekecil zarah pon rasa tension... ya.. itu amat perlu...bukan sebab apa, bila marah dan membebelkan pelajar, natijahnya memang minda akan keletihan yang amat.. kesan dari itu, balik sekolah lebih kurang jam 8 malam akan terus segera menyiapkan diri untuk tido awal.. tak mampu lagi nk fikir apa2...huhu
so... selamat la mejadi cikgu yang cool dan relex yer cikgu asmah... berusaha!!! cayok2!.. =)
smile....=)
*Sangat kagum ku melihat gaya kak haliza dan kak aini yang sentiasa steady.... tak nmpak pon stress di wajah mereka.... smuanya 'relex2' sahaja.. hem.. bagusnya hidup begitu.. so kesimpulannya di sini;
"masalah memang sentiasa ada di mana2 dan bila2 masa... terpulang pada kita bagaimana cara nak menyelesaikannya... skill itu penting, gaya pon ye juga. jangan sampai anak murid yang bersuara, "cikgu tak sihat ke??" haha..
salam kasih sayang buat smua... =)
0 comments:
Catat Ulasan