Followers

Makluman...

Blog ini sedang dalam proses kemaskini. Terdapat sesetengah link yang belum dapat berfungsi. Harap maklum... =)

16 Februari 2010

Budjet... Kira-kira... Akaun.... Ape tu???

Salam hari selasa..=)
Ada apa dengan 'statement' di atas??
Kerja baru kah? @ Mungkin sekata-sekatan yang dihadapi???
Oh.. tidak...
Bukan begitu...
Meluangkan sedikit masa bersama ibu tersayang...
Bicara apa?
Kira-kira, akaun, Budjet-budjet, dan belanja-belaja...
For What?
Okey.. perancangan bermula...
untuk barang keperluan sebelum dan selepas...
dan juga untuk keperluan semasa...
apa dia??
hem.. nanti akan disambung kembali... untuk statement di atas.. cukup kenyataannya setakat ini saja ya..hehe
lain-lain?? andaikan la sendiri.. =)

salam sayang buat semua....=)

15 Februari 2010

Cinta dan Air Mata By CRK

Sebelum lelap mata malam tadi, terdengar sebuah lagu dari kumpulan CRK... Actually dah layan lagu ni dari zaman U bila first time dengar di kedai fotostat taman U... Tak punya apa-apa maksud untuk diri ini tapi lirik dan melodinya boleh la dikatakan 'Sesuai'.. Yeke?? For me la... tak tahu la bagi kalian pula bagaimana..
So, layan lagu ni seketika ya. Nak tahu bagaimana lagunya, kalian leh search & download dari http://www.4shared.com/ k..


Sungguh ku begini
Ketandusan rindu ini
Mengapa ku mencari
Sang penghuni syurga jiwa

Berdendang suara mengusap kalbu
Ku lemas dalam terpesona
Kehadiranmu menerajang kekusutan
Yang lama terdapat di sini

Bagai telah dijanji
Termakbullah mimpi-mimpi
Dan hujanku mentari
Terciptalah sang pelangi

Irama lagu silam mewarnakan
Idaman kalbu kesampaian
Bulan memancar cahaya tanda reda
Ikatan percintaan kita

(*)
Kini tercapai sudah mahkota insani
Takkan bermakna benih pastikan menjadi
Kerana Yang Maha Kuasa lebih menyayangi

Dikau pergi tanpa pesan
Tinggalkan ku dalam kepasrahan
Cintaku yang suci bagai tak kesampaian
Terputus di tengah jalan

Hanya airmata doa
Yang dapat kuiringkan bersama
Kepada yang Esa kupohonkan semoga
Tempatmu disisinya

(Ulang *)

Renungan.....
 
Salam sayang buat semua... =)

Andai Aku Ditakdir Pergi...

Tiba-tiba hati disapa pada sebuah kisah pemergian...perpisahan... kematian dan kehilangan...
sangat-sangat menyentuh rasa...

Hakikat yang diakui semua...
Amat pedih bila ditinggalkan... amat sakit bila kehilangan..
dan amat perit saat ditakdirkan untuk berpisah...
sedih lagi pabila kehilangan bukan kerana angkara
tapi...
kerana sebuah takdir yang disuratkan dan tertulis sudah sejak azalinya...
putuslah hubungan antara jasad dan penghidupan
kita semua takkan pernah tahu masa depan
kita semua takkan pernah menjangka yang akan datang
yang nyata ia adalah pasti buat semua
walau bukan hari ini, bukan esok mahupun lusa...
mungkin...
masa depan yang tak lama waktunya...

diri seringkali mengharapkan..
kalu takdir ingin dipisahkan..
biar jasad ini diutamakan..
biar hati dan jiwa ini didulukan..
jangan mereka yang ku sayang pergi sebelum jasad dan nyawa ini meninggalkan...

memang tak mampu dibayangkan
bagaimana runtun rasa bila kehilangan
bagaimana luruh jiwa bila ditinggalkan..
bagaimana pula luluh rasa bila tak lagi punya kesempatan untuk bersama...
sakit..
pedih..
sedih...
sebuah rasa yang tak mampu lagi diungkap hadirnya...

Untuk kesekian kalinya pernafasan dalam alam fana ini..
ingin diri menghargai..
ingin jiwa menyayangi
ingin rasa mencintai....
setulus dan seikhlas hati sanubari..
bimbang hari-hari esok tak punya kesempatan lagi...
bimbang hari-hari esok adalah terakhir kali tak terulang lagi..

pada masa yang ada dikala ini...
pada saat yang ku punya kini
kemaafan dari hati ku pohon
keampunan dari jiwa ku harap...
biar andai ditakdir pergi jasad ku aman
biar andai di takdir pergi jiwa ku tenang

maaf pada setiap kekurangan dan kesilapan
terima kasih pada selautan keindahan dan kenangan...

kasih sayang ini selayaknya untuk kalian yang tersayang...
daku sayang kalian dari saat ini hingga sampai akhir hayat yang diizinkan...

p/s: melahirkan segenap rasa kasih sayang dan cinta serta  penghargaan yang amat dalam pada seluruh ahli keluarga tersayang
juga pada dia kekasih hati yang ku cinta saat dan ketika ini hingga selamanya

salam sayang buat semua... =)

14 Februari 2010

L...P...B2...B...D??? Apakah?

Salam hujung minggu di cuti Tahun baru cina..

Yeah..minggu ini sangat-sangat gembira kerana satu lagi impian dah tercapai...
Alhamdulillah..
Apakah?
L...P...B2...B...D??
hehe.. actullay, isnin lepas baru saja selesai menyudahkan ujian memandu kereta bersama JPJ...
Wuah... sangat2 seronok apabila lulus untuk ujian ini...
TQ Allah... Tak perlula klua duit lagi mahu test kembali jika gagal..
kalau tidak..hem.. alamat... keluar lagi duit dari simpanan...

Yeah... so now, da ada lesen moto dan kereta full...
bukan L dan bukan lagi P
sebabnya, lesen moto telah pon dapat lesen penuh.. so bila selesai ujian kereta. kedua2 lesen moto dan kereta bukan lagi lesen P...hehe..
Alhamdulillah... berkat kesabaran...
lepas nie, target lain pula perlu dicapai...
apa dia??
hem.... rahsia.. bila da dapat baru blh kongsi dengan semua...
hehe =)

kod TARGET seterusnya iaitu...
besar @ kecik... murah @ mahal sikit..selesa @ biasa... hitam @ putih...
apa tu??hem.. kalian fikir la sendiri ya..hehe

salam sayang buat semua...=)

11 Februari 2010

Cikgu abg saya berkenan dengan cikgu... erk... tidak!!!

Salam hari khamis... =)
erm... kebiasaannya hujung minggu ku luangkan masa untuk menghantar khabaran baru dalam blog ini tapi, entah kenapa... rasa sempoi sungguh hari khamis ini... mood relex dan bersahaja walaupun buku sememangnya berlambak2 mahu disudahkan penandaannya dalam cuti seminggu ini...tapi buku yang ku kirim pada yang tersayang minta diantarkan ke rumah abg di taman pulai indah, esok baru tiba...
mampukah untuk menanda semuanya???
insyaAllah mampu bagi seorang guru jika sungguh-sungguh dibuat...
hem.. 

nampaknya, aku bakal sakit kepala dan loya-loya bahkan mungkin muntah-muntah menghadap karangan anak-anak yang pelbagai ragam...
sangat bersyukur bila berkhidmat 2 alam... kelas bahasa melayu tinggal 1 kelas berbanding sebelum ini keadaan mengkhendaki aku mengajar 2 kelas bahasa melayu.. masak aku mahu menanda karangan-karangan, rumusan-rumusan, tatabahsa dan komsas untuk 2 kelas berjumlah 80 orang pelajar...bagaimanalah keadaannya guru-guru bahasa melayu lain yang memegang 4-5 kelas bahasa melayu... lagi masak dari aku mungkin..hehe
huhu... syukur dengan jadual sekarang
tapi... khabaran baru yang diterima... naik cuti tahun baru cina nanti bakal menggunakan jadual waktu baru... 
alamak...
mungkinkah jadual waktu aku juga bakal mengalami perubahan??
dan mungkinkah aku bakal ditukarkan mengajar mata pelajaran lain.. huhu.. 
harapnya tidak... biarlah kekal mengajar mata pelajaran yang sama..huhu

waktu kelas terakhir petang tadi (4.45-5.45 petang) bagi matapelajaran kemahiran hidup tingkatan 1 pilihan ERT, seorang pelajar perempuan bertanya satu soalan...
pelajar: "cikgu, umur cikgu berapa?" 
sambil pandang buku membuat sedikit semakan nota yang diberikan pada pelajar spontan jawapan diberikan
guru: "25. kenapa?"
pelajar: "ooo.. sebaya dengan abg saya...."
guru: "dah tu kenapa?"
pelajar: "abg saya kata muka cikgu macam budak 18 tahun..."
guru: "banyak la awak... saya da tua dah...."
pelajar: "tak delah cikgu, abg saya kata dia berkenan dengan cikgu..."
guru: "hish...banyak la awak nie...tak boleh..." sambil melemparkan pandangan tajam ke arah pelajar berkenaan...
pelajar: "kenapa cikgu?"
guru: "saya dah bertunang"
sambil tutup buku dan terus berdiri membetulkan sedikit catatan di papan tulis.
pelajar: "owh.. sorry cikgu... saya tanya jer...."
guru: "ok"

hem....macam-macam ragam budak-budak zaman sekarang ni... tiba-tiba teringat pada seorang rakan sekelas di utm dahulu... berpacaran bersama pakcik anak muridnya.. hasil penyatuan anak muridnya juga..huhu
tidak!!!
tak mahu berkeadaan begitu...
cukuplah dia yang tersayang buatku... moga-moga jodoh berkekalan dengan izin Allah dan sentiasa dipelihara kebahagiaan ini sampai akhir hayat... ameen...
pohon doa dari kalian semua...

p/s: pada anak-anak sekalian, maaf jika kalian mahu menjadikan saya akak ipar mahupun ibu saudara kalian, batalkan saja hasrat kamu itu.. huhu... 
agak pelik juga melihat gelagat seorang pelajar lelaki 4M5 hari ini yang sentiasa mengukirkan senyuman padaku sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran hari ini. Pandangannya juga agak berlainan dan pelik berbanding kelas-kelas sebelum ini.... Siap bertanya, cikgu, kelas seterusnya bila cikgu?? walaupun hakikatnya boleh saja dia lihat dari jadual waktu tanpa perlu bertanya kepadaku... huhu... sangat2 MENAKUTKAN!!!...

Salam sayang buat semua... =)

05 Februari 2010

Kenangan Lalu... by Flybaits

Tiba2 pendengaran di sapa oleh sebuah lagu yang indah melodi dan liriknya...
Lagu lama tapi cukup memberi kesan pada semua yang menghayati...

Lagu ini ku tujukan khas buat semua sang pencinta yang setia... 
Walau cinta yang kita punyai di saat ini bukanlah cinta pertama, jangan sesekali dipermainkan... Hargailah seikhlasnya pada dia yang senantiasa setia menanti di saat ini hingga selamanya...
Jangan biarkan dia terluka selukanya kamu yang pernah terluka dulu....
.....
Puas sudah kau melukakan
Tiada pernah kau meyakinkan
Hati ini yang selalu
Mengharapkan kasihmu

Kau biarkan ku melara
Mengemiskan cinta suci
Apa daya hati ini
Telah jatuh di lamun cinta

( korus )
Mengapa aku disiksa, apakah tujuan dia
Mungkin kerna ia pernah dikecewakan cinta
Katakan pada diriku aku 'kan membalut luka
Oh... jangan kau simpan dendammu
Dan aku jadi mangsanya

Aku cinta kepadamu
Hanya itu yang ku tahu
Lupakanlah kenangan pahit
Kita bina hidup baru

( ulang dari korus )

04 Februari 2010

Aku Bukan Siapa-Siapa...

Aku bukan siapa-siapa
aku adalah aku
aku tetap aku apa adanya
yang kau lihat
yang kau pandang
dan yang kau kenal
itulah aku yang sebenarnya

Aku tetap diriku yang tak punya apa-apa
walau kelebihan walau keindahan
yang ada cuma sekeping hati tersimpan sebuah cita dan cinta
tulusnya ku tak berhak jadi hakimnya
jujurnya jua ku tak punya kuasa menilainya
Dia lebih tahu
Dia lebih mengerti
Dia lebih memahami..
Dia juga punya kuasa atas segala...

Dalam diri ada tabah
dalam hati ada sabar
dalam jiwa ada tenang
tapi tak mungkin terlahir semuanya
jika tiada izin dari-Nya

seketika hati bicara
sejenak hati merungkai kusutnya rasa
sedetik hati menenang onak melanda
Redhalah hati pada tiap suka dan duka

Aku ingin tenang
Aku ingin damai
Aku ingin sabar
Aku ingin segalanya
Cuba menghadap takdir-Nya setabah mungkin
Cuba mengharung semuanya setenang-tenangnya

Apa jua yang di takdir
apa jua yang ditulis
itulah yang terbaik
buat diriku hamba-Nya
buat hatiku milik-Nya
aku bukan siapa-siapa yang berhak mengharapkan yang lebih....
kerana takdir dia adalah yang terbaik mengatasi segalanya..

Redhala hati pada setiap suka duka takdir-Nya...

 
Salam kasih sayang =)

02 Februari 2010

Cikgu...Mata Cikgu Lawa La.. Bulat...

haha..hihi..huhu..
rasa nak gelak pon ada.. rasa pelik pon ada..haha
anak2 zaman sekarang.. macam2 ragam...
tapi kadang kala membuat hati terasa lucu dan terhibur dek telatak mereka...
layankan...

minggu lepas tepat jam 10.45 pagi...
seperti biasa menghayunkan langkah yang sememangnya laju ke kelas 4M5..
ajar apa ya?? hem.. sains pertanian...
kelas nie la yang menyebabkan aku menjadi guru 2 alam.. turut saja arahan yang diamanahkan... cuba sehabis baik memastikan kelangsungan ilmu anak2 4M5 untuk subjek sains pertanian... insyaAllah setakat ini, mampu nampaknya...

sementara menunggu anak2 yang lewat masuk ke kelas, terlangsunglah sebuah diskusi ilmu antara guru dan anak2 di meja guru... tentang pembahagian markah, tentang keseluruhan matapelajaran, tentang kerja rumah dan soalan-soalan yang kebiasaannya muncul di dada helaian kertas peperiksaan berwarna putih yang bakal mereka duduki...

tiba2... seketika diskui sedang berlangsung, yang mana perhatian anak2 tertumpu pada gurunya yang sedang berbicara, terpancul keluar ayat2 pelik dari salah seorang anak lelaki 4M5...
apa katanya ya??? hem....
"cikgu... mata cikgu lawa la...betul..tk tipu... bulat... bersinar cikgu...."
sambil memandang beberapa anak2 lain2 untuk mendapatkan kepastian mereka... dan ada di antara mereka yang menyatakan 'iya' untuk persoalan rakan mereka tadi....
lantas...
terus saja ku menjawab spontan...
"dah memang saya berdiri sebelah tingkap & pantulan cahaya matahari kena mata saya.. memang la awak nampak mata saya bercahaya..."haha.. ok le kot jawabnya begitu.... layankan saja anak2 ini... kata orang dan juga menurut pakar motivasi yang aku minati penyampaiannya iaitu Dr. Fadhilah Kamsah, anak2 sewaktu usianya begini amat perlu kita jadikan mereka seperti sahabat... jangan dimarah tanpa sebab dan jika ingin ditegur perlulah disertakan dengan alasan ataupun sebab bagi teguran yang ingin dibuat...
hem.. macam2...

apa sekalipun, TQ la atas pujian kalian wahai anak2 ku sekalian... ketahuilah, yang cantik itu milik Allah dan yang buruk itu juga milik Allah... Dari Dia kita datang dan pada Dia jugalah kita akan kembali.... Setiap yang kita miliki adalah pinjaman semata dan sementara... perlu selalu bersyukur dengan setiap nikmat dan pemberian yang Dia berikan... insyaAllah jika kesyukuran itu senantiasa dipanjatkan, maka Dia akan menambahnya tapi jika tidak, bila-bila masa saja ia akan hilang...
Alhamdulillah.....Syukran Ya Allah....

Salam kasih sayang buat semua.... =)
Blog Widget by LinkWithin