Followers

Makluman...

Blog ini sedang dalam proses kemaskini. Terdapat sesetengah link yang belum dapat berfungsi. Harap maklum... =)

04 Februari 2010

Aku Bukan Siapa-Siapa...

Aku bukan siapa-siapa
aku adalah aku
aku tetap aku apa adanya
yang kau lihat
yang kau pandang
dan yang kau kenal
itulah aku yang sebenarnya

Aku tetap diriku yang tak punya apa-apa
walau kelebihan walau keindahan
yang ada cuma sekeping hati tersimpan sebuah cita dan cinta
tulusnya ku tak berhak jadi hakimnya
jujurnya jua ku tak punya kuasa menilainya
Dia lebih tahu
Dia lebih mengerti
Dia lebih memahami..
Dia juga punya kuasa atas segala...

Dalam diri ada tabah
dalam hati ada sabar
dalam jiwa ada tenang
tapi tak mungkin terlahir semuanya
jika tiada izin dari-Nya

seketika hati bicara
sejenak hati merungkai kusutnya rasa
sedetik hati menenang onak melanda
Redhalah hati pada tiap suka dan duka

Aku ingin tenang
Aku ingin damai
Aku ingin sabar
Aku ingin segalanya
Cuba menghadap takdir-Nya setabah mungkin
Cuba mengharung semuanya setenang-tenangnya

Apa jua yang di takdir
apa jua yang ditulis
itulah yang terbaik
buat diriku hamba-Nya
buat hatiku milik-Nya
aku bukan siapa-siapa yang berhak mengharapkan yang lebih....
kerana takdir dia adalah yang terbaik mengatasi segalanya..

Redhala hati pada setiap suka duka takdir-Nya...

 
Salam kasih sayang =)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin