Followers

Makluman...

Blog ini sedang dalam proses kemaskini. Terdapat sesetengah link yang belum dapat berfungsi. Harap maklum... =)

02 Februari 2010

Cikgu...Mata Cikgu Lawa La.. Bulat...

haha..hihi..huhu..
rasa nak gelak pon ada.. rasa pelik pon ada..haha
anak2 zaman sekarang.. macam2 ragam...
tapi kadang kala membuat hati terasa lucu dan terhibur dek telatak mereka...
layankan...

minggu lepas tepat jam 10.45 pagi...
seperti biasa menghayunkan langkah yang sememangnya laju ke kelas 4M5..
ajar apa ya?? hem.. sains pertanian...
kelas nie la yang menyebabkan aku menjadi guru 2 alam.. turut saja arahan yang diamanahkan... cuba sehabis baik memastikan kelangsungan ilmu anak2 4M5 untuk subjek sains pertanian... insyaAllah setakat ini, mampu nampaknya...

sementara menunggu anak2 yang lewat masuk ke kelas, terlangsunglah sebuah diskusi ilmu antara guru dan anak2 di meja guru... tentang pembahagian markah, tentang keseluruhan matapelajaran, tentang kerja rumah dan soalan-soalan yang kebiasaannya muncul di dada helaian kertas peperiksaan berwarna putih yang bakal mereka duduki...

tiba2... seketika diskui sedang berlangsung, yang mana perhatian anak2 tertumpu pada gurunya yang sedang berbicara, terpancul keluar ayat2 pelik dari salah seorang anak lelaki 4M5...
apa katanya ya??? hem....
"cikgu... mata cikgu lawa la...betul..tk tipu... bulat... bersinar cikgu...."
sambil memandang beberapa anak2 lain2 untuk mendapatkan kepastian mereka... dan ada di antara mereka yang menyatakan 'iya' untuk persoalan rakan mereka tadi....
lantas...
terus saja ku menjawab spontan...
"dah memang saya berdiri sebelah tingkap & pantulan cahaya matahari kena mata saya.. memang la awak nampak mata saya bercahaya..."haha.. ok le kot jawabnya begitu.... layankan saja anak2 ini... kata orang dan juga menurut pakar motivasi yang aku minati penyampaiannya iaitu Dr. Fadhilah Kamsah, anak2 sewaktu usianya begini amat perlu kita jadikan mereka seperti sahabat... jangan dimarah tanpa sebab dan jika ingin ditegur perlulah disertakan dengan alasan ataupun sebab bagi teguran yang ingin dibuat...
hem.. macam2...

apa sekalipun, TQ la atas pujian kalian wahai anak2 ku sekalian... ketahuilah, yang cantik itu milik Allah dan yang buruk itu juga milik Allah... Dari Dia kita datang dan pada Dia jugalah kita akan kembali.... Setiap yang kita miliki adalah pinjaman semata dan sementara... perlu selalu bersyukur dengan setiap nikmat dan pemberian yang Dia berikan... insyaAllah jika kesyukuran itu senantiasa dipanjatkan, maka Dia akan menambahnya tapi jika tidak, bila-bila masa saja ia akan hilang...
Alhamdulillah.....Syukran Ya Allah....

Salam kasih sayang buat semua.... =)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin