Followers

Makluman...

Blog ini sedang dalam proses kemaskini. Terdapat sesetengah link yang belum dapat berfungsi. Harap maklum... =)

09 November 2009

Angkara dakwat pen yang tertumpah...huhu

2.10 petang... Alhamdulillah selamat dah aku smpai kt rumah abg j di pulai indah. Pulang awal rupanya hari ni...

So aktiviti hari ini adalah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh GPK Kokurikulum.. Macam biasa la aku dengan seorang kawan yang sama-sama baru posting, 'nisak' buat keje tu same2... Fiuhhh! sattle!... tp ade gak yang cam pening2 skit masa buat..hehe... but overall dapat juga kami menyiapkan keje tu ngan jayanya..hehe.. Port kami guru2 baru kali ini adalah di bilik komputer skolah selepas minggu lepas kami port kt perpustakaan sekolah n 2 minggu sblm tu port kt bilik pengawas..lawak betol... Kenapa?? sebab smpai skarang kami masih lagi belum punya meja sndiri di bilik guru... salah siapa?? entah ler.. korang pikir la sendiri agak2nya salah sape.....huhu

Selesai kerja tu, ape lagi, mengangkut la kami kertas2 tebal yang dah disusun tu ke bilik GPK Koku.. OTW nk ke office, kami ternampak seseorang yang perlu kami elakkan kekerapan bertemu dengannya..hehe.. siapa tu?? rahsia. hanya kami2 berenam guru baru je yang tahu.. hehe.. Nampak je kelibat 'dia' terus aku buat2 pusing balik nk ke bilik komputer semula...nisak yg kt belakang da tergelak jer... then, tk jadi, so, aku pusing balik meneruskan perjalanan ke pejabat serta terpaksa la aku mengadap kembali org tu.. Ada amanat baru yang disampaikan..haha… tugasan lagi… nisak pon da tersengeh2…hehe.. lepas hanta kertas tebal tu ke bilik GPK Koku, kami ke bilik kaunseling.. Hajat nk jumpa Pn Ainon bertanyakan tugasan yg perlu aku buat di bawah ajk sijil majlis graduasi tingkatan 5, tp dia keluar sebentar. So kembali la semula aku n nisak ke bilik komputer. Sampai2, kami terus menyampaikan amanat yang perlu kepada liza & man sepertimana yang diminta untuk disampaikan.. hehe.. malas2 je mereka nk jumpa org tu..nasib korang ler yer..hehe…


Selang beberapa minit liza & man masuk semula ke bilik komputer membawa sebemban fail2 yang perlu disattlekan..hehe… kami2 pon tlg la sama.. tiba2 aku baru perasan tangan aku kebiruan akibat dakwat pen.. mana datangnya pon aku tk tau… tetiba je biru semuanya.. sah! ada pen yang menumpahkan dakwatnya.. cis…  baru aku ternampak ada sedikit kesan biru di tudung putih yang aku pakai.. kt baagian hadapan plak tu,..aduhai tudung kesayangan… nasib kamu tidak baik hari ini… lalu kesan2 dakwat dibersihkan menggunakan tisu basah pemberian kak safiah... selesai membersihkan, tiba2 rasa ada lagi kesan tumpahan dakwat melekat kembali di tangan…. Puas aku cari di mana punca.. rupanya datangnya dari sebatang pen yang bocor di bahagian bawanya.. huhu.. terkena juga pada beg biru tua yang aku gunakan untuk mengisi fail2.. kasihan beg itu.. makin banyak la dakwat yang melekat di tangan..huhu.. sadisnya..segerak melangkah ke tandas untuk membersihkan.. yang pastinya kesan di tudung tk dapat di hilangkan..kesian sungguh tudung aku yang satu itu,…huhu.. Apa nk buat…. Balik cuci la kalo blh hilang..hehe

gambar hiasan..hehe

2 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Hehhee~

alahai kak~

tumpah2 pula~

Puan As berkata...

hehe.. nk buat cm ne... kasihan sungguh tudung yg satu itu.. tk dapat diselamatkan..haish.....

Blog Widget by LinkWithin