Followers

Makluman...

Blog ini sedang dalam proses kemaskini. Terdapat sesetengah link yang belum dapat berfungsi. Harap maklum... =)

22 Julai 2009

TEMUDUGA GURU SANDARAN TERLATIH SISWAZAH (GSTS)

Tepat jam 3.55 petang ven pos laju tiba diperkarangan rumah aku... surat yang ditujukan atas nama Siti Hasmah Binti Abdul Hussain. Sepantasnya aku terus membuka. Alhamdulillah, surat yang ditunggu2 bertajuk "Temuduga Pengambilan Guru Sandaran Terlatih Siswazah (GSTS) Yang Memiliki Ikhtisas Pendidikan Untuk Berkhidmat Di Kementerian Pelajaran Malaysia" telah selamat diterima.
Berikut adalah jadual temuduga yang perlu dihadiri.

Tarikh : 28 Julai 2008 (Selasa)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat: Pusat Kehiatan Guru (PKG) Bandar Baru Uda, Johor Baru

Dokumen yang perlu dibawa bersama meliputi satu set salinan yang telah disahkan seperti berikut:
  1. Kad Pengenalan
  2. Sijil Kelahiran
  3. Sijil akademik (PMR/SPM/STPM/IJAZAH)
  4. Ijazah Sarjana Muda beserta Laporan Akhir Keputusan Purata Nilai Grad Komulatif (Pengesahan Senat jika blm menerima ijazah)
  5. Sijil Kelayakan Ikhtisas (Sarjana Muda Pendidikan / Diploma Pendidikan)
  6. Sijil Ko-kurikulum / Kurikulum (Dokumen Asal sahaja)
  7. Surat Tawaran / Perjanjian Biasiswa tajaan KPM bagi calon tajaan.
So nampaknya 27hb aku akan menginap di rumah abg & akak ipar aku sebab 28hb pagi2 da kena bertolak ke tempat temuduga... But tk de la risau sangat sebab aku g nek moto, tk de la tersesak sangat kerana jem..hehe...blh mencelah dibalik kereta2 yang berduyun2 nk bergerak ke tempat kerja masing2..

Senior aku kata bagi pelajar2 tajaan KPM just jawab exm INSAK je then blh balik but bg pelajar PTPTN kene tunggu utk temuduga. So kiranya aku terselamatla..hehe... Alhamdulillah... =)

p/s: pada smua rakan2 fakulti pendidikan UTM yang akan ditemuduga, gud luck k...banyakkan la baca tentang isu2 semasa n isu2 pendidikan. Cth: H1N1, Pemansuhan PPSMI dll...

21 Julai 2009

Dapat Sudah Yang Di Tunggu...

Seawal 10.24 pagi..(da kira siang dh...) hp berbunyi menandakan ada msj yg masuk... Setelah diteliti, rupanya dari cik wana. Mesej berbunyi "Ok, da smpi da surat knvo"...huhu... cm ne ni..aku tk dpt lagi.. Dengan sabar, terus menunggu, smpaikan mak kata aku seperti menunggu surat cinta yg tk smpai2... (mane la main surat2 lagi skrg nie..hehe) Tepat jam 11.30 pagi, kedengaran deruman enjin moto berhenti dihadapan rumah... Aku terus ke pintu untuk menjengah..hehe.. surat konvo da sampai... Alhmdulillah... lega...tk de la lagi kerisauan yg dibuat oleh KJ katanya nama aku mgkin tercicir... Semua bayaran utk konvo berjumlah RM80 tunai..mula2 tu ingt nk bayar lewat skit, tp ptg td terajin la plak nk ke bandar kerana ada urusan lain, so bayar skali..Sattle sudah..hehe..Alhamdulillah sekali lagi...
gambar pinjaman dr blog KJ..hehe...jangan mara KJ...

Secara ringkasnya jadual penuh utk konvo aku adalah seperti berikut:
Ambil jubah: 8.8.09 (1-5pm) ,11 & 14 Ogos 2009
Raptai: 14 ogos 2009 (8.00 pagi)
Majlis Konvo: 17.8.09 petang (sesi 5)

so bersiap2 untuk konvo nnti...akhirnya penantian 4 tahun berakhir... syukur Alhamdulillah.,...
Aku akan berada di utm 13hb ptg - 18hb.. Pada kawan2 kelab penyayang utm yang akan bergraduan, jom makan ramai2 jumaat malam dengan junior2...ada ape2 suggestion tempat? contect aku direct ASAP k... =) (bab2 makan, cik as la paling laju..bak kata wana, "as nie asal boleh jer"...hehe..memang boleh jer cik wana...)

p/s: pada kawan2 kelab penyayang dan classmate smua yang akan sama2 bergraduan untuk konvokesyen ke-43 nie, selamat berkonvo..tahniah2.... =)

18 Julai 2009

Waktu yang terus berlalu...

Sesungguhnya waktu itu cukup pantas berlalu. Tanpa kita sedar, separuh pertama tahun ini telah kita lalui dalam melengkapkan fasa 2009. Rejab berkunjung datang dan pada hari ini telahpun masuk harinya yang ke-25. Beberapa hari sahaja lagi kita akan memasuki bualn sya'ban. Terfikir sejenak, apakah pengisian yang telah aku isikan sepanjang separuh pertama tahun ini berlalu? Apakah saban waktu dipenuhi dengan keredhaan dari Tuhan atau sekadar terlepas dengan sia2. Semoga masih ada lagi ruang waktu untuk aku dan juga kalian meneruskan setiap amalan baik yang semunya kita niatkan adalah kerana Allah demi mencari Redhanya.

"Barangsiapa berpuasa satu hari dari bulan rejab, seolah-olah dia berpuasa 1000 tahun, dan seolah-olah memerdekakan 1000 hamba." (Sulaiman Al-Farish)

Actually ini hanyalah satu dari amalan2 yang diunjurkan dalam bulan Rejab."

RENUNGAN:
Yesterday is history,
Tomorrow's a mystery,
Today's a gift
That's why we call it the Present

Each day I wake in gratitude
Thinking Allah
He let me rise
and to Him I only
Seek His assistance

Renung2kan dan selamat beramal... :-)

14 Julai 2009

Meneruskan Perhitungan Hari...

Adeh..masuk hari nie da lebih kurang 2 bulan 12 hari aku berehat di rumah... tk blh dikira menganggur sebab waktu kerja yg dijanjikan belum tiba..haha.. So waktu nie adalah dikira sebagai waktu beristirehat..hehe.. Nampaknya jika tiada apa2 pekerjaan yang menyusul bermakna aku akan terus berehat sampai la bulan 11 nnti... lebih kurang 4 bulan lg aku perlu mempersiapkan diri sebelum melangkah masuk ke alam persekolahan..bukan jadi pelajar tp kali nie jadi guru pula... my new job as a teacher.. Kalo sblm nie aku rasa kurang sabar sbb sngt lmbat nk tunggu posting tapi mak selalu berkata, "Sabar..skarang nie masa untuk berehat. Nanti bila sudah kerja, tk de lagi masa berehat". Barulah aku rasa ada kebenaran kata2 mak. Teringat aku firman Allah:

"Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka berkata 'Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kita kembali'. Mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk." (Surah Al-Baqarah 2: 155-157)

Makanya, setiap yang kita lalui di dunia nie, perlu selalu ingat. Rencana Allah adalah yang terbaik buat sekalian hambanya... Banyakkan sabar.. Kalo rasa tk sabar gak... dok diam2 sudah...hehe

p/s: kalo korang tengok ada ketikanya timbul bait2 ketidaksabaran aku yang datang tiba2 tu, korang tegur2kan la yer...hehe... Biasalah, kadangkala kecelaruan menganggu kosentrasi...hehe

04 Julai 2009

Nur Kasih...

Hari nie Jumaat. Jam menunjukkan 9.00 mlm... terus aku bergegas menghadap TV. Segala kerja ditangan ditinggalkan... Semuanya dek kerana drama bersiri "Nur Kasih"... Melihat dari promosi drama ini yang sangat mengujakan, aku terpanggil untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan setiap siri drama ini. Pada semua yang belum pernah menonton, aku sarankan korang tengok la drama nie. Sebuah drama yang sangat menarik. Stakat nie aku blh bagi 5bintang sebab berjaya membuatkan aku menitiskan air mata dan setiap babak membuatkan kita untuk berfikir apakah kisah seterusnya...

Hari: Jumaat
Waktu Siaran: 9.00 malam
Rangkaian: TV3




LIRIK NUR KASIH (TV3)- YASIN
Lewat ini ku rasakan, Kasih kian ku dambakan,

Resah hati yang ku pendam, Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan, Siapa tahu ketentuan

Ku mencari cahayanya, Dalam bayang kegelapan

Nur kasih...Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan, Lain hukum setiap insan

Mengharapkan perjalanan, Dalam maya kesamaran

Nur kasih...Nur kasih

Aku kembali kerana masih

Mencari yang hakiki

Sinar pasti, Janji suci yang abadi

Ooo kasihNur kasih...Oh nur kasihNur kasih

Aku kembali kerana masih

Mencari yang hakikiSinar pasti, Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih...Nur ya nur kasih

Nur nur kasih...Nur kasih

Kekuatan Yang Diperlukan

Hari nie, terpanggil untuk menulis di blog. Entah kenapa sejak dua menjak nie memang sangat malas nk menulis.. Tapi bila jiwa kacau, blog la jadi tempat persinggahan.
Alhamdulillah, kembar aku yang baik hati telah memasangkan streamyx kt rumah. So, memudahkan aku & adik utk melayari internet apabila kebosanan. Nak menyenangkan aku dan adik katanya... Tq very much my twin...Hem, blh la aku aktif kembali berblog. Kalo tk, perlu ke CC setiap kali nk online... malas...huhu...
Da lbh kurang 2 bulan berehat di rumah... Sampaikan rasa tk de keje nk dibuat... walhal leher baju melayu adik aku blm lagi disudahkan jahitan tulang belutnya... tapi oleh kerana tk boleh terlalu lama menghadap jahitan akibat serangan sakit kepala yang mendatang, so, terpaksalah aku buat sikit2... Takpelah, keperluan untuk digunakan pon bukan terlalu mendesak. So, slow2 la menyiapkannya. Bila masa terluang bertambah, pelbagai ceritera lama bertandang.. terasa aku memerlukan kembali sebuah kekuatan diri.. Bangkit asmah... luakan segenap kekusutan... jangan dibiar ia mengganggu ketenteraman sedia ada...huhu...
Blog Widget by LinkWithin