Followers

Makluman...

Blog ini sedang dalam proses kemaskini. Terdapat sesetengah link yang belum dapat berfungsi. Harap maklum... =)

30 Januari 2010

Bila Cikgu Asmah Bersuara Lantang...

Bismillahirrahmanirrahim.....

Hem.. macam mana nk mula yer... entah.. antam sajalah... tk punya idea kali ini untuk mencalitkan bahasa yang berbunga-bunga dalam tulisan kali ini...

Minggu ini bermulalah detik di mana cikgu asmah mula mengganas..haha.. bukan mengganas sebab mengamuk @ apa, tapi cikgu asmah telah mula bersikap lebih tegas...ya itu penting setelah teknik kelembutan 100% tidak berjaya... so, hipotisis dibuat bahawa, dalam mendidik remaja, perlukan pendekatan tegas tapi lembut... ramah tamah tapi jangan sampai melampaui batas... ya.. tegas tapi lembut..hehe

di saat sedang seronok mengajar dan melayan telatah anak murid yang banyak ragamnya...
mood berubah secara tiba2 apabila adanya anak2 yang sedikit tidak mendengar kata dan melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya..hem..alamat...
cikgu asmah mula mengganas...


memang telah ditakdirkan mungkin.. kalo namanya cikgu jika tidak membebel, memang tidak sah la... bukan sengaja mahu membebel tidak tentu hala, tapi bila anak2 buat perangai yang melanggar etika seorang pelajar, maka di situlah datang dan mulanya bebelan itu.. nah... kan dah kene.. tahan la telinga bila cikgu asmah mula bersuara sangat lantang dan mengeluarkan bait2 bebelan yang sangat menusuk fikiran yang sangat dalam... hingakan membuatkan anak2 menggigil ketakutan... ha.. baru kalian tahu.. cikgu asmah yang kalian katakan sangat baik, lembut, tk suka marah2, funny dan sporting boleh berubah sifat jika anak2 membuat hal yang dilarang...
bak kata pepatah...
"sarang tabuan jangan cuba dijolok.. (tapi cikgu asmah bukan sarang tebuan yer..cikgu asmah adalah cikgu asmah...)hehe"
dan kata pepatah lagi...
"air yang tenang jangan di sangka tiada buaya...." (bukan juga bermaksud cikgu asmah adalah buaya...haha
tapi.. berhati2 lah dengan cikgu asmah nie...hehe

apa sekalipun, bila mengajar nie memang kena selalu kuat.. fizikal mahupun mental... fizikal kerana kerja seorang guru sekarang bukan saja mendidik tapi juga mengurus,.. kiranya 50% mendidik dan 50% lagi membuat kerja2 mengurus.. urus anak2, urus yuran, urus daftar, urus sukan, urus kelas, urus program, urus buku2.. pendek kata semua la.. (hem.. ni da bukan pendek kata tp da macam panjang kata..haha)
dari segi mental pula, seorang guru akan jadi sangat penat dan letih bila mana berhadapan dengan anak2 yang sedikit @ berganda2 nakal dan tidak mendengar kata...natijahnya, bila pulang akan terus tidur akibat keletihan mengawal emosi kemarahan dan tekanan...
sebab itu tidak mustahil dikatakan ada juga guru2 yang stress dan memerlukan rawatan psikologi bila gagal mengawal emosi dengan baik sewaktu di sekolah...

namun, cikgu asmah sedang berusaha untuk mengawal keadaan...
cuba sentiasa menjadi orang yang cool... relex n enjoy kehidupan sebagai guru tanpa ada walau sekecil zarah pon rasa tension... ya.. itu amat perlu...bukan sebab apa, bila marah dan membebelkan pelajar, natijahnya memang minda akan keletihan yang amat.. kesan dari itu, balik sekolah lebih kurang jam 8 malam akan terus segera menyiapkan diri untuk tido awal.. tak mampu lagi nk fikir apa2...huhu

so... selamat la mejadi cikgu yang cool dan relex yer cikgu asmah... berusaha!!! cayok2!.. =)
smile....=)
*Sangat kagum ku melihat gaya kak haliza dan kak aini yang sentiasa steady.... tak nmpak pon stress di wajah mereka.... smuanya 'relex2' sahaja.. hem.. bagusnya hidup begitu.. so kesimpulannya di sini;
"masalah memang sentiasa ada di mana2 dan bila2 masa... terpulang pada kita bagaimana cara nak menyelesaikannya... skill itu penting, gaya pon ye juga. jangan sampai anak murid yang bersuara, "cikgu tak sihat ke??" haha..
salam kasih sayang buat smua... =)

Panggil saya dengan panggilan Cik!!!

Salam kasih sayang buat semua... :-)
Lama sungguh rasanya tidak mencoretkan sesuatu di sini... Kesibukkan yang dihadapi kadangkala sangat memenatkan.. Bukan saja fizikal malah minda yang seringkali digunakan tanpa kerehatan yang secukupnya dapat diberikan...Kesian mindaku ini yang terlalu penat... Natijahnya, akan mengalami sakit kepala dan symptom keletihan yang sangat ketara...
Oleh kerana telah lama tidak mencoretkan sesuatu dalam ruangan ini, waktu cuti hujung minggu yang ada ini akan digunakan untuk itu..Banyak yang berlaku dalam minggu ini dan beberapa minggu sewaktu kesibukkan melanda...
 Kelakar...
Pelik...
Macam-macam...

Di mana2 kertas yang ku terima dari pejabat dan beberapa orang guru lain, yang mana terteranya namaku hampir 80% salah... adoi... bukan salah apa... tersalah menggunakan kata panggilan.... 
Balik-balik..
Puan Siti Hasmah.....
Aduhai...
Saya masih lagi bergelar 'cik' ye.. belum lagi jadi puan... 
Muka saya nampak macam orang da kawin ker?? haha..

bukan setakat itu...
di mana2 buku anak-anak murid juga tertera nama guru: Puan Siti Hasmah...

hem.. kalian tak bertanya, mana la nk tahu....
dan akhirnya selepas itu pelbagai soalan mula dihadapkan... 
"cikgu2, cikgu ni 'cik' ke 'puan'?? 
ya... macam tula... kalau tidak tahu, haruslah segera bertanya... 
'saya 'cik' bukan puan ya" sambil mengerlingkan pandangan pada beberapa buku pelajar yang tertera nama Puan Siti Hasmah... tersengih-sengih la anak2 muridku yang bertanya...

hem... kesimpulannya di sini, dalam apa juga perkara, jika kita inginkan kepastian, bertanyalah pada yang empunya badan... kalau tidak, sampai bila-bila kita akan silap... 
bak kata pepatah
"malu bertanya sesat jalan".. 
so rajin-rajin kan diri dan ramah-ramahkan la mulit untuk bertanya yer...

salam kasih sayang... :-)

09 Januari 2010

Dari wanita untuk Wanita


Wanita....
Aku, kamu, dan kita semua adalah wanita
Satu nama, satu jiwa..
Luhur cinta utuh kasih sayangnya
Namun tetap punya beza

Memang tak semua wanita memahami hati wanita lain
Memang tak semua wanita boleh menerima kebahagiaan wanita lain
dan memang tak semua wanita seringkali gembira dengan kegembiraan wanita lain
mengapa takdirnya begitu?
dan kenapa hatimu tak seluhur dan sesuci hati wanita mulia di sisi Tuhan
yang selayaknya dipandang indah di mata seorang lelaki?
lalu bagaimana?

wujud kamu membuat semua kebahagiaan tercabar
hadir kamu bina selautan kepincangan tak terjangkau
lalu apa sebenarnya yang kamu inginkan?

pesan ku pada wanita
jaga hati jagalah budi
fahami hati wanita lain yang lebih berhak untuk difahami
jangan sesekali cuba kau rampas sebuah kisah terindah yang tak selayaknya untukmu
jangan pernah kau calitkan derita pada sebuah hati wanita lain dengan tingkah mu
jangan hendaknya kau bina sebuah tangisan luka pada hati wanita lain yang kecewa angkara tindakanmu

jatuh cinta itu memang bukan paksaan
jatuh cinta itu juga memang bukan atas kehendak diri yang merasa
tapi, kalau inginkan cinta, biarlah dari yang selayaknya
bukan menagih cinta dari sebuah kebahagiaan lain yang telah terbina
mengandaikan dirimu berada di posisi dia yang terluka
membayangkan dirimu letaknya di suatu sudut hati yang memendam rasa
angkara kebahagiaan kasih sayang dan cinta yang dirampas tanpa belas
hanya mereka yang memahami
takkan pernah mencuba sesuatu yang tak seharusnya dicuba
sebaik mungkin menjaga kebahagiaan wanita lain tanpa pernah membuatkan dia terluka
jadilah kamu wanita mulia
kerana wanita yang mulia itu akan sentiasa mendoakan kebaagiaan wanita lain
tanpa punya walau setitik rasa iri dalam hatinya

06 Januari 2010

Luahan Suatu Rasa... Dari Wanita Buat Lelaki...

Bismillahirrahmanirrahim...
Memulakan sebuah coretan dengan istighfar dalam diri,
Mengharapkan ketenangan sentiasa ada dalam setiap akal dan hati...
Setiap yang difikirkan dan setiap yang di sangkakan

Semua manusia tidak dijadikan sempurna. Wujudnya wanita itu ditakdirkan bersama lelaki di sampingnya. Begitu juga yang ditakdirkan untuk lelaki...Kehadiran wanita adalah sangat penting sehingga dikatakan di sebalik kejayaan seorang lelaki itu, ada wanita di sampingnya...

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut

Antara lemah dan lembut... besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya

Telah ditakdirkan... kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan... kecuali jika terpaksa

Telah tercatat wanita itu dipenuhi sifat sabar
Namun sabar itu ada batasnya...
Jangan terus-terusan diuji hinggakan hati wanita tak mampu lagi bertahan
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Tapi sebenarnya memendam rasa hati yang sangat pedih dan dalam
Berilah sedikit perhatian pada diam itu
Kerana yang dipendam tak tahu bagaimana nak diluah

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam, wanita terus-terusan melaksanakan tugasan

Di pejabat sebagai kerani... di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Sadarlah lelaki...
Bahawa wanita itu sanggat sensitif hati naluri
Wanita itu sanggat jauh fikirannya
Fahamilah dari sudut hati yang sangat dalam...
Jangan biarkan diam itu berterusan tanpa kesudahan
Wanita inginkan penjelasan dalam setiap tindakan
Mengharap apa yang difikir andai salah mampu diperbetulkan
Wanita juga inginkan perhatian
Jua sangat sensitif dengan persekitaran orang yang di sayang
Jangan sampai sesuatu tindakan
Membawa pada luka hati yang dalam
Dan tak mampu lagi diubat...


04 Januari 2010

Memulakan Sesi Persekolahan 2010

Salam 2010 buat semua..


Memulakan tahun 2010 dengan sesi persekolahan yang sangat mengujakan, mengembirakan, membimbangkan, merisaukan dan agak sedikit kelam kabut...huhu,..macam2 ada...

11:00a.m - melangkah kaki keluar dari rumah menuju ke rumah nisak di persint utama. Tujuan, mengambil fail Rekod Pengajaran yang ditumpangkan dalam kereta nisak gara-gara tidak muat untuk dibawa pulang ke rumah minggu lepas.. Sampai-sampai, terus memasukkan semua maklumat yang perlu ada dalam Fail Rekod Pengajaran (FRP). Tiba2 panggilan masuk diterima...Kak Safiah.. Baru aku sadar jam telah menunjukkan 12:00pm... Alamak.. ada meeting orientasi tingkatan 1... Terus bergegas ke sekolah menuju ke bilik kaunseling. Mendengar taklimat orientasi yang diberikan oleh kak ainon selaku guru kaunseling sekolah.

1:00p.m - Mengawal dan menyusunatur pelajar baru tingkatan 1 di legaran ilmu supaya beratur mengikut barisan kelas masing-masing. Agak kelam kabut kerana ramai ibu bapa yang turut serta menghantar anak-anak ke sekolah & turut serta dalam perhimpunan.. ish3....

1:30 p.m - Menerima panggilan dari guru data sekolah meminta enrolment pelajar tingkatan 1... Hah?? Enrolment pelajar tingkatan 1??? mana la aku tau... tk de arahan utk dibuat..huhu.. Alkisahnya pembantu penyelia petang sedang buat dan aku sepatutnya membantu tp aku tk dimaklumkan.. Data diperlukan segera utk dihantar ke ppd.. Adus... Ada tugas mengawal pelajar tingkatan 1 masuk ke dewan, terpaksa aku minta bantuan nisak yang kebetulan jadual waktunya mengajar tingkatan 1 waktu itu.... Segera menuju ke bilik mesyuarat membantu kak hayati menyiapkan enrolment pelajar. Alhamdulillah, lebih kurang jam 4 petang siap semuanya..... Kesian kak yati pening kepala nk menyusun enrolmen pelajar..huhu...

4.10p.m -  Rehat di kantin bersama nisak... makan... tapi cm tk brp best plak makanannya..hem... walaupon ada kelainan dr pengusaha sblm ini dengan keadaan kantin guru yang berhawa dingin & siap dengan tv, tapi dari segi makanan masih ada kelemahannya.. Harga pulak, alhamdulillah ok....

4.40p.m - Ke bilik guru melihat meja ku yang telah tiada.. Hwaaa!!!! sedihnya mejaku dah diambil orang... 2 kali plak tu... Da la penat2 mengangkut dr tingkat bawah naik ke bilik guru.. Hilang.. Then cop meja kosong yang tiada pemilik juga hilang diambil guru lain.... Pelik betol la... Mana la kesedaran siviknya di sini.... Natijahnya, guru baru seperti aku yang jadi mangsanya.... Tindakan susulan, memaklumkan pada pengerusi bilik guru utk memohon meja baru tambahan beserta kerusi... itu pon entah bila la pulak akan dapat.... So, sementara waktu aku menumpang la di meja liza @ kak Aslinda yang bertugas sesi pagi.. Thanks kawan2..... (",)


6.15p.m - pelajar tingkatan 1 diarah memulangkan kerusi yang mereka gunakan di dewan ke kelas tempat mereka ambil, dan kemudian beratur di tapak perhimpunan... Hem, agak sukar mengawal pelajar di tapak perhimpunan.... Masing2 sibuk mengikut kawan2.... Tapi alhamdulillah, semuanya kembali teratur.. Tapi cadangan aku dan rakan-rakan guru baru adalah supaya dicatkan nama tingkatan di tapak perhimpunan bagi memudahkan pelajar beratur mengikut kelas masing2 pada masa akan datang... Tak perlu mereka tercari-cari barisan mereka dan hanya akan membuang masa sahaja...

6.30p.m - perhimpunan minggunan... simple sahaja kerana gerimis telah mengundang dan menimbulkan rasa ketidakselesaan di kalangan pelajar. Maka mereka dilepaskan awal 5 minit lebih kurang....

6.45 p.m - sebelum tumb print, menerima jadual waktu tingkatan untuk kelas aku. 1KP3... perlu diberikan kepada pelajar apabila selesai minggu orientasi nanti..
So, berakhirlah tugasan untuk hari ini.. esok lusa tak tahu lagi apa gayanya dan kerenahnya pula...

Secara kesimpulannya, persekolahan hari ini berkeadaan baik.... Seronok bila berhadapan dengan pelajar-pelajar yang mengucapkan salam pada guru-guru.. Budaya itu yang seharusnya diterapkan pada semua pelajar.... Aku perlu pastikan ianya disemai pada semua pelajar kelas 1KP3 insyaAllah...
 
tetapkan dan jayakan visi 2010... cayok!! =)
Blog Widget by LinkWithin