4 hari telah berlalu... seawal 6.25 pagi perlu segera melangkah keluar dari rumah untuk ke tempat tujuan... Aku punya rutin baru dalam hidup kini... Kehidupan aku mulai sibuk semalam, hari ini, esok, minggu hadapan, dan seterusnya sehinggalah saat hayat ini diizinkan... Macam tak percaya..Impian untuk menjadi seorang pendidik kini Alhamdulillah tercapai... Syukur atas keizinan Allah memberi kesempatan pada aku untuk mencapai apa yang diimpikan dan dihajatkan...Terima kasih Ya Allah...
Bersediakah aku?? Tabah kah aku? Kuat kah aku?? untuk menghadap 1001 macam andaian seterusnya yang bakal aku hadapi dalam hidup?? Kerenah, ragam dan telatah anak didik dan orang-orang di sekeliling aku pastinya bermacam-macam... Tak dapat aku bayangkan lagi..
Adakalanya kita seorang diri tanpa teman...
Aku tak sekuat itu mungkin... Menghadap pelbagai kemungkinan dalam hidup. Justru, aku sentiasa perlukan kekuatan luaran dari insan-insan di sekeliling aku.... Siapa mereka? Di manakah mereka?? akan adakah mereka di saat aku perlu sokongan dan kekuatan itu... Yang aku tahu di saat dan ketika ini, hanyalah insan yang melahirkan dan bergelar seorang ibu sahaja sentiasa ada bersama dan tak pernah jemu menguatkan kembali semangatku yang ada ketikanya hampir luntur.... Kerana nyatanya dan telah terbukti, dia yang lebih memahami siapa aku sebenar dan hati aku yang sebenar.... Mengerti hati aku sedalamnya.... Terima kasih Ibu...
Aku juga seringkali mengandaikan.... Dalam hidup kita seringkali akan berkeseorangan... Dan tak mustahil kita semua akan menghadapi saat itu... Aku juga mungkin bila waktunya sampai nnti....Aku perlu selalu kuat walaupun hakikatnya aku tak sekuat itu... Tapi siapa yang akan selalu memberi semangat dan kekuatan pada aku selamanya?? Akan adakah mereka di saat aku memerlukan?? Mungkin tidak.... Kalau bukan aku yang memberi semangat pada diriku sendiri dan kalau bukan aku yang memotivasikan diri sendiri, siapa lagi?? Aku perlu mula belajar memotivasikan diri sendiri... Ya..memang betol hidup kita adakalanya akan sendirian... Walaupun ramai yang ada di sekeliling, tapi hakikatnya seakan tidak kadangkala.. adakalanya terasa amat jauh dari mereka semua... Mungkin saat itu diri perlukan kekuatan untuk kembali bersemangat dalam hidup..
Kemungkinan memang selalu ada di mana-mana dan bila-bila masa saja.... Selalulah bersedia dengan setiap kemungkinan yang bakal kita hadapi dalam hidup.. Redhalah hati menerima setiap yang ditakdirkan... Beruntunglah kita semua andai semua ujian itu dihadapkan kerana kasih sayang Allah sentiasa ada dalam setiap ujian itu... Menilai kesabaran kita dalam hidup... Semoga aku sentiasa sabar dan redha pada setiap kemungkinan hidup yang bakal aku hadapi...
Saat mengetahui diri gagal dalam penempatan mengajar yang bermula hujung bulan ini.
Daku faham perasaan kalian,
Namun jangan jadikan kesedihan itu sebagai penghalang juga melunturkan semangat kalian dalam profession keguruan.
Yakin… masih ada peluang untuk kalian…
Kenalan: Sedihnyer bila tau tk dapat posting
Cik As: Sabar kawan… anggap ini ujian.. InsyAllah peluang itu tetap anda untuk kamu..
Kenalan: Aku siap terima surat dari KPM.. Surat gagal posting… Hancur dan hampanya hati aku kamu tahu…. Terasa aku nie teruk sangat…
Cik As: Tak mengapa kawan… akan ada lagi temuduga untuk pengambilan baru. Kamu tidak seteruk yang kamu sangkakan kawan.. Aku kenal kamu sepanjang pengajian ku di UTM… kamu punya kelebihan tersendiri…Berusahalah sehabis baik kawan
Kenalan: Ku harapkan semoga masih ada peluang ke dua untukku…
Cik As: Mudah-mudahan… Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu kawan baikku… Berusaha yang terbaik kawan.. Semoga Berjaya…J
Khabaran gembira buat kawan-kawan yang kurang berjaya ditempatkan untuk mengajar akhir oktober ini. Kalian boleh menyemak ic untuk temuduga dan ujian insak semula bagi pengambilan Guru Sandaran Terlatih Siswazah yang akan diadakan penghujung oktober ini – awal November depan…
Terus ke LAMAN KPM untuk semakan tarikh dan tempat temuduga kalian
Daku doakan kalian berjaya untuk kali ini seterusnya ditempatkan mengajar di kawasan2 yang memerlukan khidmat kalian… Ikhlaskan hati menerima walau di mana kalian dihantar untuk menabur bakti… Selamat Berjaya semua… J
p/s: pada kawan baikku di segamat juga sahabat seperjuangan dalam kelab penyayang yang juga gagal dalam penempatan penghujung okober ini, ku doakan kamu berjaya untuk temuduga kali ini… Ameen..
As..Asmah...As...Asmah...Mana satu yer??? Ish... keliru...Terasa agak pelik apabila kebiasaannya, panggilan di rumah adalah asmah manakala as @ cik as adalah panggilan bagi kawan-kawan di utm @ mereka-mereka yang selain dari ahli keluarga tersayang... Tapi apabila panggilan as digunapakai oleh ahli keluarga, terasa seakan sesuatu yang aneh sekali...hehe... masakan tidak, anak2 sedara juga telah disogokkan oleh abang-abang untuk memanggilku dengan panggilan cik semah... mustahil sungguh untuk dipanggil dengan panggilan cik As...
Ayah: as, ambilkan ayah air as... Aku: Ish, ape mimpi ayah pnggil aku as nie... Ayah lagi: as, makan as... Aku: huhu, pelik beno bunyinya... Ayah: as...bla..bla..bla.. Aku: Aduh, jangan panggil aku dengan panggilan itu..oh!!..tidak!!!...
Gara-gara tetamu yang berkunjung membawa hajat ke rumah dan memanggil aku dengan panggilan as...ayah turut mengajuk dengan panggilan itu.. argh!!...tidak!!..ayah, jangan panggil aku dengan panggilan itu...biarkanlah panggilan biasa digunapakai... kerana itu lebih sesuai dan mesra ku rasakan pada dasanya untuk seluruh ahli keluarga tersayang...
panggil aku dari kacamata yang biasa kalian gunakan....
p/s: kadangkala kita akan merasa pelik jika orang yang memanggil kita dengan satu panggilan tetap tetapi secara tiba-tiba merubah panggilan yang kebiasaannya digunapakai kepada satu panggilan yang lain...terasa sangat2 janggal dan kurang enak bunyinya..hehe.. panggil aku dengan panggilan yang selalu kalian gunakan please!!... =)
Walau aku senyum bukan bererti Aku slalu bahagia dalam hari Ada yang tak ada di hati ini Di jiwa ini...hampa * Ku bertemu sang adam di simpang hidupku Mungkin akan ada cerita cinta Namun ada saja cobaan hidup Seakan aku...hina
Tuhan berikanlah aku cinta Untuk temaniku dalam sepi Tangkap aku dalam terang Mu Biarkanlah aku punya cinta Tuhan berikan lah aku cinta Aku juga berhak bahagia Berikan restu dan halal Mu Tuhan...beri aku cinta
Ulang * - Last
p/s: Cinta itu milik Dia...Kita tak punya hak untuk mempersoal setiap yang telah direncanakan... Ada hikmah yang tak pernah terlihat di mata kasar kita sebagai insan... Dia lebih mengetahui segalanya...
Kenapa? Mengapa? Sengaja aku merubah tajuk blog ini… kerana setiap yang tertulis diterjemahkan dari kalam hati yang berbicara.. tak diluah dari kata-kata tapi di rungkai dalam bait penulisan.. aku ingin kembali aktif merencana kata… namun, nyatanya waktu tak pernah cukup diperuntukkan… rencana kesibukan telah mula menguasai… kucar kacir, keliru, bersemangat… gara2 aku bakal bergelar pendidik suatu ketika nnti… telah terlalu dekat detik itu… perhitungan masa tinggal hanya 9 hari 2 jam dan 17 minit dari saat ku tulis rangkap ini… bersediakah aku menghadapi dunia itu… dunia yg telah lama diimpikan untuk ku jejak… dunia seorang pendidik… kalam hati ini seringkali mengandaikan..1001 tanda tanya apakah bakal terjadi seterusnya.. Ku tak punya hak mengandaikan.. Dia yang tahu segala… Dia lebih mengerti… Dia juga yang selayaknya merencana kehidupan aku, kamu dan kita semua…
Biarkan kalam hati itu terus berbicara pada yang selayaknya dia bicarakan…Berbicara pada setiap ceritera kehidupan...
Alhamdulillah...berakhirnya salah satu penantian dalam sebuah cerita hidup bila surat panggilan taklimat Guru Siswazah Sandaran Terlatih (GSST) selamat diterima di tangan sendiri... Maklumat yang tercatat adalah seperti berikut: Tarikh: 26 Oktober 2009 (isnin) Masa: 8.00 pagi (Pendaftaran) Tempat: SMK Mohd Khalid, Jalan Abdul Samad, 80100 Johor Bahru Keperluan untuk dibawa: Salinan Ijazah Sarjana Muda yang dikeluarkan oleh senat.
Dan secara kasarnya, tentatif utk hari kejadian adalah seperti berikut: 8.00 pagi: pendaftaran + sarapan pagi 9.00 pagi: nyanyi lagu, doa, taklimat penempatan, taklimat perkhidmatan & motivasi 11.00 pagi: ucapanaluan Pengarah Pelajaran Johor + penyampaian surat penempatan 12.30 t/hr: penyerahan GSST kepada Pengetua sekolah 1.00 ptg: Jamuan + bersurai
So, pada mereka yang berjaya, tahniah dan syabas diucapkan.... mudah2an kita semua akan dapat berkhidmat dengan seikhlas hati dan menjadi pendidik yang terbaik..insyaAllah... Pada yang kurang berjaya, apa kata korang try mohon guru sandaran smntara menunggu posting seterusnya bulan 4 nnti insyaAllah... mudah2an kalian berjaya... ameen...
Huhu...tak tahu mana datangnya nick name 'cik as' nie... tp aku memang suka dgn nick name nie...hehe... tapi... sekarang bukan lagi cik, sekarang adalah Puan As... hehe... blog nie ditulis sekadar untuk mengisi masa lapang yang terluang... segalanya tentang aku, orang2 yang aku kenali dan segala yang berada disekeliling aku...